Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mo.di.ti] | کوموديتي

Definisi : barangan yg diperdagangkan, ter­utamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mo.di.ti] | کوموديتي

Definisi : barangan yg diperdagangkan, terutamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komoditi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURSA KOMODITI

Bursa komoditi ialah pasaran bagi hampir

semua jenis bahan mentah atau makanan yang

dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Bursa

komoditi juga dinamakan lembaga perdagangan

atau pasaran komoditi. Komoditi (barang-barang)

selalu didagangkan tanpa dilihat dan jarang sekali

barang-barang itu sendiri ditukarkan secara fizikal.

UMUM 
KOMODITI UTAMA

Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses.

EKONOMI DAN PENGURUSANSumber/Bahan Alam
BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR

Bursa Komoditi Kuala Lumpur ialah tempat urus niaga kontrak niaga hadapan komoditi dijalankan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
BULION

Bulion ialah jongkong emas atau perak yang

dianggap sebagai logam atau komoditi dan bukan

sebagai wang. Istilah bulion juga dipakai kepada

emas urai dan ketul emas, ceper emas dan perak,

dan duit yang dinilai sebagai logam sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas