Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pli.ka.si] | کومڤليکاسي

Definisi : 1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampur aduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkem­bangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadi­kan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komplikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata kerja tak transitif ialah kata yang lengkap tanpa perlu objek dan boleh dipasifkan. Saya keliru dengan perkataan menyanyi, menari, tidur. Kebanyakan carian saya jumpa mengatakan perkataan ini ialah kata kerja tak transitif. Tetapi jika dijadikan ayat, tiga-tiga perkataan ini boleh dipasifkan. Lagu itu dinyanyikan oleh kakak Pesakit itu telah ditidurkan oleh doktor kerana komplikasi. Jadi sebetulnya, ketiga-tiga perkataan itu kata kerja transitif atau tak transitif ya? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Untuk perkataan menyanyi, menari dan tidur, ia tergolong dalam “kata kerja tak transitif tak berpelengkap”.

Lain-lain16.11.2022
Tuan, hari itu yang saya tanyakan adakah 'sebab' boleh digunakan sebagai fungsi kata hubung.Tuan telah menjawab soalan saya, tetapi yang mengelirukan ialah jawaban tuan berbeza dengan. Tatabahasa Dewan. Tuan sila merujuk ke Tatabahasa Dewan 18.3.3.1 (I)keterangan musabab. pg.515.. Harapkan tuan dapat memberikan penjelasan yang tepat dan benar kepada saya untuk menyelesaikan komplikasi tersebut.Sekian.Jawapan yang diberikan adalah tepat dan benar serta merujuk pada Tatabahasa Dewan halaman 515, iaitu berkaitan keterangan musabab. Sangat jelas dinyatakan kata hubung keterangan musabab adalah oleh sebab bukannya sebab. Perkataan sebab ialah kata nama. Kata sebab perlu ditambah dengan oleh menjadi  oleh sebab untuk digunakan sebagai kata hubung. Sila baca berulang kali untuk mendapatkan kefahaman dalam perkara ini.Tatabahasa20.08.2014

Kembali ke atas