Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pli.ka.si] | کومڤليکاسي

Definisi : 1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampur aduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkem­bangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadi­kan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komplikasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIFTERIA

Difteria ialah jangkitan yang teruk dan berjangkit

pada sistem pernafasan atau kulit. Ia boleh

melibatkan komplikasi yang teruk atau mungkin

membawa maut.

UMUM 
SINDROM MARFAN

Sindrom marfan ialah kerosakan yang

bercirikan keabnormalan rangka, mata, dan jantung.

Sindrom marfan disebabkan oleh kecacatan genetik

yang dikatakan menjejaskan pertumbuhan

sesetengah tisu perantara tubuh. Mereka yang

menghidapi sindrom marfan biasanya meninggal

dunia sebelum berusia 50 tahun, yang selalunya

diakibatkan oleh komplikasi jantung.

UMUM 
PROLAPS INJAP MITRAL

Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai

MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim

berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan

ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua

penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku

apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini

membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP

lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang

lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di

dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai

infective endocarditis yang melibatkan injap mitral

dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada

wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini

berlaku disebabkan faktor keturunan.

UMUM 

Kembali ke atas