Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd se­suatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : ist 1 bahagian yg melengkapi atau yg mencukupkan sesuatu. 2 bahan atau zat yg membentuk sesuatu: Nitrogen ialah ~ penting bagi protein, klorofil dan protoplasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komponen


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
wayar penyambungconnecting wireWayar yang menghubungkan komponen-komponen dalam litar elektrik.Sekolah Rendah
leraian dayaresolution of forceProses yang membolehkan satu daya tunggal boleh diceraikan kepada dua komponen, iaitu komponen mendatar dan komponen menegak.Menengah Atas
sambunganconnectionCantuman antara suatu komponen dengan komponen yang lain.Sekolah Rendah
penyambungconnectorPeranti atau alat yang menyambungkan satu komponen kepada komponen yang lain.Sekolah Rendah
homogenhomogeneousPerihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair.Menengah Rendah
komponencomponent1. Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan sesuatu. Contohnya, komponen komputer terdiri daripada papan kekunci, skrin dan unit pemprosesan pusat. 2. Bahan atau zat yang membentuk sesuatu. Contohnya, nitrogen ialah komponen penting bagi proteinSekolah Rendah
komponencomponentBahagian yang membentuk sesuatu bahan atau sistem. Contohnya, nitrogen merupakan komponen penting bagi protein.Menengah Rendah
gambar rajah litarcircuit diagramGambar rajah yang menggunakan simbol untuk mewakili semua komponen dalam litar dan bagaimana komponen tersebut bersambung antara satu dengan yang lain. Lihat RajahSekolah Rendah
plasmaplasmaCecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%).Menengah Rendah
perintangresistorKomponen elektrik yang mengawal jumlah aliran arus elektrik dalam litar elektrik.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas