Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd se­suatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : ist 1 bahagian yg melengkapi atau yg mencukupkan sesuatu. 2 bahan atau zat yg membentuk sesuatu: Nitrogen ialah ~ penting bagi protein, klorofil dan protoplasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komponen


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
keselamatan; Id. analisis alir sekuritas) Penilaian dan analisis yang dilakukan terhadap suatu spesifikasi formal yang bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aliran maklumat. Aliran maklumat yang dianalisis mungkin berlaku sesama komponen sistem atau antara persekitaran luaran dengan sistem, sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. analisis ancaman (Ig. threat analysis; Br. analisis ancaman; Id. analisis ancaman) Kajian terhadap niat dan kebolehan sesuatu tanpa mengetahui kekuncinya. analisis risiko (Ig. risk analysis; Br. analisis risiko; Id. analisis risiko) Analisis ancaman dan kegoyahan pada suatu sistem maklumat. Analisis ini melibatkan penilaian impak daripada kerosakan suatu komponen atau data sistem maklumat pada persekitaran pengkomputeran, organisasi, atau persekitaran luar. Selain itu, beberapa tindakan yang wajar diambil untuk pemulihan daripada kerosakan tersebut akan dikenal pasti dan dipertimbangkan. analisis tandatangan

Kembali ke atas