Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd se­suatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.nen] | کومڤونن

Definisi : ist 1 bahagian yg melengkapi atau yg mencukupkan sesuatu. 2 bahan atau zat yg membentuk sesuatu: Nitrogen ialah ~ penting bagi protein, klorofil dan protoplasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komponen


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
seni bina sistem(system architecture)Struktur jasmani dan kaitan antara komponen-komponen yang membentuk sistem.Kamus Komputer
analisis(analysis)1. Kajian bersistem terhadap masalah atau proses untuk mendapatkan penyelesaian. 2. Penghuraian sesuatu proses kepada komponen-komponen asasnya.Kamus Komputer
ketumpatan komponen(component density)Isi padu litar dibahagi dengan jumlah bilangan komponen yang digunakan yang merupakan sifat ketumpatan bagi komponen elektronik dalam litar komputer. Ketumpatan komponen biasanya disebut dalam unit komponen seinci isi padu.Kamus Komputer
komponen diskret(discrete component)Komponen litar seperti diod, transistor, pemuat, dan perintang yang berasingan atau bersendirian dan tidak disepadukan dengan komponen lain.Kamus Komputer
kromatografiist kaedah utk memisahkan komponen sesuatu bahan atau campuran, iaitu dgn memasukkannya ke dlm larutan dan didasarkan pd perbezaan sifat berpindah komponen tsb melalui sesuatu medium, iaitu komponen bergerak pd kadar yg berlainan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
simbol grafik(graphic symbol)Simbol yang digunakan untuk menunjukkan komponen dalam gambar rajah. Simbol grafik digunakan bukan untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian komponen tetapi untuk menunjukkan tugas komponen tersebut.Kamus Komputer
kitar hayat perisian(software life cycle)Masa hayat bungkusan perisian komputer, bermula dari fasa pembentukannya sehingga ia tidak berguna lagi. Kitar ini bermula dengan fasa keperluan sistem, diikuti keperluan perisian, reka bentuk keseluruhan, reka bentuk khusus, penjanaan komponen, pengujian komponen, persepaduan, pengujian sistem, penyebaran, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan.Kamus Komputer
komponenist 1 bahagian yg melengkapi atau yg mencukupkan sesuatu. 2 bahan atau zat yg membentuk sesuatu: Nitrogen ialah ~ penting bagi protein, klorofil dan protoplasma.Kamus Pelajar Edisi Kedua
komponenbahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd se­suatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional.Kamus Dewan Edisi Keempat
komponen(component)1. Bahagian yang berfungsi dalam pemasangan atau peralatan. 2. Peranti yang digunakan dalam litar.Kamus Komputer
123456789

Kembali ke atas