Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pos] | کومڤوس

Definisi : baja drpd bahan-bahan organik spt daun, kayu, tahi binatang, dll yg telah reput; mengompos bertukar menjadi kompos: lama-kelamaan ranting-ranting dan daun itu akan reput dan ~; pengomposan proses menghasilkan kompos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pos] | کومڤوس

Definisi : ; mengompos mengatur huruf dlm percetakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pos] | کومڤوس

Definisi : baja drpd campuran sampah, tahi, daun-daunan dll yg telah reput. mengompos mereput dan menjadi kompos: Lama-kelamaan ranting dan daun itu akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompos


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memastikan ejaan yang tepat untuk kata terbitan' komposisi' dalam tesarus Bahasa Melayu DBP, memberikan kata ' mengkomposisi' sedangkan dalam Kamus Dewan edisi ke-4 , kata terbitannya menggugurkan pangkal huruf asal, 'mengomposisikan'. Adakah kaedah yang sama unyuk kata'kompos'? Mengompos atu mengkompos?

Ejaan yang betul ialah ‘mengomposisikan’ dan ‘mengompos’.

Ejaan22.01.2015

Kembali ke atas