Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mu.ni.ti] | کومونيتي

Definisi : 1. kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepen­tingan, dll) yg serupa: ~ akademik; ~ para ilmuwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mu.ni.ti] | کومونيتي

Definisi : 1 (keseluruhan) orang yg tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dsb (di bawah satu pemerintahan); masyarakat keseluruhannya; orang ramai. 2 tempat yg didiami oleh sesuatu masyarakat. 3 kumpulan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yg hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dgn yg lain. 4 tempat yg didiami oleh haiwan dan tumbuh-tumbuhan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komuniti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monoclimax theoryteori monoklimaksBiologiEkologiTeori yang menyatakan bahawa terdapat hanya satu komuniti klimaks dalam sesuatu kawasan geografi. Oleh sebab ketidakrataan topografi, dan terdapat berbagai-bagai jenis tanah dalam satu zon iklim, terdapat juga komuniti lain dalam komuniti itu selain komuniti klimaks; komuniti-komuniti ini dikenali sebagai komuniti subordinat.
forest designationpenentuan hutanPerhutananTiadaSubbahagian terbesar tumbuhan hutan mengandungi komuniti-komuniti yang sama dari segi fisiognomi seperti bentuk fizikalnya dan kaitan tumbuhan tersebut dengan persekitaran.
forest designationpenentuan hutanPerhutananPengurusan HutanSubbahagian terbesar tumbuhan hutan mengandungi komuniti-komuniti yang sama dari segi fisiognomi seperti bentuk fizikalnya dan kaitan tumbuhan tersebut dengan persekitaran.
climax communitykomuniti klimaks/komuniti kemuncakBiologiUmumTiada
allogenic successionsesaran alogenikBiologiEkologiSesaran yang berlaku akibat penggantian satu jeins komuniti dengan komuniti lain, yang disebabkan oleh daya dari luar dan bukannya oleh komuniti itu sendiri. Misalnya, zat-zat makanan dari luar ke dalam kolam yang mengubah sekitaran kolam yang berkenaan.
physiognomyfisiognomiBiologiEkologiStruktur kasar, warna dan rupa bentuk sesuatu komuniti. Pada komuniti terestrial, fisiognomi ditentukan oleh bentuk-bentuk tumbuhan yang dominan dan ruangan di antaranya. Misalnya, di rabungan bukit, kanopi hutan kelihatan berwarna hijau kelabu asap yang disebabkan oleh warna silara pokok meranti bukit, Shorea curtisii yang dominan di kawasan ini.
autogenic successionsesaran autogenikBiologiEkologiSesaran yang berlaku akibat penggantian satu jenis komuniti oleh komuniti lain disebabkan oleh perubahan sekitaran. Misalnya, apabila padang rumput yang terbiar menjadi belukar.
community interest motivationdorongan kepentingan komuniti/ motivasi kepentingan komunitiEkonomiTiadaTiada
interpretive communitykomuniti interpretifKesusasteraanTiadaMasyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan.
pioneer communitykomuniti perintisKejuruteraanTiadaKomuniti awal dalam sesaran ekologi komuniti, yang berupaya hidup dalam keadaan sengit seperti kemarau, haba atau kesejukan yang melampau.
12345678910...

Kembali ke atas