Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.dén.sa.si] | کوندينساسي

Definisi : (kondénsasi) (Kim) proses per­ubahan keadaan sesuatu bahan drpd wap atau gas kpd cecair, pemeluwapan; terkondensasi berubah drpd wap (atau gas) kpd cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.dén.sa.si] | کوندينساسي

Definisi : /kondénsasi/ ist proses pertukaran wap atau gas kpd cecair; pemeluwapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kondensasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata dasar pemeluwapan? Meluwap atau luwap? Kenapa kata dasarnya tiada dalam kamus?Salam sejahtera,

Tuan,
Pemeluwapan diambil terus daripada padanan bahasa Melayu bagi perkataan condensation yang bermaksud kondensasi atau pemeluwapan. Perkataan pemeluwapan bukan perkataan yang ditambah imbuhan. Jadi, tiada kata dasarnya.

Sekian, terima kasih.
Istilah21.10.2018
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSRKami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my.Lain-lain28.01.2015

Kembali ke atas