Confrontation | Konfrontasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963. |
confrontation | konfrontasi | Pendidikan | Tiada | Tiada |
confrontation | konfrontasi | Perubatan | Tiada | Tiada |
confrontation | konfrontasi | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
confrontation | konfrontasi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
confrontation | konfrontasi | Sejarah | Tiada | Konflik yang berlaku sebelum dibuat pengisytiharan perang dengan melakukan gerakan subversif, propaganda di peringkat antarabangsa dan juga gerakan gerila seperti yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia pada tahun 1960-an. |
confrontation | konfrontasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
confrontation policy | dasar konfrontasi | Sains Politik | Tiada | Tiada |
social conflict | konflik sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pergaduhan, perbalahan atau konfrontasi yang wujud dalam kalangan masyarakat. Konflik sosial sering kali dilihat dalam bentuk perebutan kuasa, pertindihan autoriti, perbezaan ideologi, percanggahan maklumat, dan pertikaian pendapat dan fahaman. Konflik sosial akan membawa kesan negatif kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan kesejahteraan awam. Antara contoh konflik sosial adalah ialah pertelingkahan melibatkan jawatan, konflik kepentingan, persaingan yang tidak sihat serta pertelingkahan melibatkan peranan sosial. |