Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.si] | کوڠسي

Definisi : 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.si] | کوڠسي

Definisi : kumpulan yg terdiri drpd beberapa orang utk sesuatu tujuan: ~ gelap kumpulan sulit yg menjalankan atau yg melakukan sesuatu kejahatan (spt merompak dll). berkongsi bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. perkongsian hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah rakan kongsi boleh dapat pendapat walaupun mereka dapat memeriksa rekod dan akaun perniagaan ?Mohon berikan persoalan tentang bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang diperlukan.Lain-lain21.11.2021
Salam sejahtera. Apakah beberapa bentuk kata terbitan yang muncul daripada kata dasar 'kongsi'? Adakah kata kerja 'mengkongsikan' betul penggunaannya dalam bahasa Melayu, atau ada bentuk yang lain? Terima kasih.Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.Tatabahasa08.06.2013
Salam. Bolehkah saya tahu terjemahan untuk "payment partner" untuk ayat "Ery's payment partner is iPay88"? bolehkah saya guna "rakan kongsi pembayaran" atau "mitra pembayaran"? terima kasih.Frasa "Rakan kongsi pembayaran" boleh digunakan untuk frasa "payment partner".Tatabahasa19.04.2013
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018
Ini merupakan soalan PT3.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? 1.Polis sudah mengetahuiakan rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2.Buku itu dia karang mengambil masa 10 tahun.1. Pilihan kata terbitan yang betul ialah mengetahui - Polis sudah mengetahui rahsia kumpulan kongsi gelap itu.
2. Binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah - Buku itu dikarang oleh dia dalam masa 10 tahun.
Walau bagaimanapun sila rujuk pihak sekolah untuk mendapatkan skema jawapan yang betul.
Tatabahasa19.06.2018
Rakan atau rakan-rakan? Contoh : kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan. (atau rakan-rakan?)Kata 'rakan' sudah memadai, tidak perlu digandakan.Tatabahasa13.04.2011
Apakah perkataan bahasa melayu yang wajar bagi pertjemahan 'share' . Kongsi bukan bahasa melayu.Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan share dalam contoh ayat kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2018
Areb Rahim KHA 9.15 PTG As salam Sy nk kongsi sikit Berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dipintu masuk/checkpoint tanjung kupang johor dari second link Dimana terdapat penggunaan tulisan cina Disetiap tiang masuk untuk motorbike ke malaysia dan ke singapura. Sy rasa kecewa kerana tulisan tersebut tidak menonjolkan sebuah negara malysia yg cintakan bahasa kebangsaan Lagipula itu ada pintu masuk ke ngara malysiaSalam, Terima kasih atas makluman dan keprihatinan tuan. Pihak kami akan membuat pemantauan dan memberikan teguran kepada pihak berkenaan sekiranya tiada paparan awam yang menggunakan bahasa kebangsaan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.Lain-lain24.08.2017
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi Senior Partner di dalam Bahasa Malaysia?Cadangan terjemahan "Senior Partner" ialah rakan kongsi utama.Penyemakan dan penterjemahan23.11.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya adalah salah seorang pekerja di syarikat HH TECH ENGINEERING yang bertanggungjawab untuk pemasangan papan tanda rakan kongsi syarikat kami yang baharu. Setelah membuat permohonan mempamerkan papan tanda ke Majlis Perbandaran Seri Manjung, Perak mereka meminta untuk pihak saya membuat permohonan pengesahan bahasa bagi papan tanda tersebut. Apakah cara prosedur nya Puan?Untuk pengesahan iklan, sila kemuakan lakaran visual iklan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Untuk pengguna baharu, sila daftar akaun terlebih dahulu dan setelah memperoleh kata laluan, masuk semula dalam sistem berkenaan dan pilih Daftar Iklan.Lain-lain09.11.2017
1234

Kembali ke atas