Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.si] | کوڠسي

Definisi : 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.si] | کوڠسي

Definisi : kumpulan yg terdiri drpd beberapa orang utk sesuatu tujuan: ~ gelap kumpulan sulit yg menjalankan atau yg melakukan sesuatu kejahatan (spt merompak dll). berkongsi bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. perkongsian hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protection moneywang lindunganSejarahTiadaWang yang dibayar oleh pihak yang dilindungi kepada pihak yang melindunginya biasanya oleh orang ramai kepada kongsi-kongsi gelap.
mufawadah sharingperkongsian mufawadahEkonomiEkonomi IslamAkad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah.
buy-sell agreementperjanjian jual beliPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian yang rakan kongsi sesebuah perniagaan bersetuju bahawa apabila salah seorang rakan kongsi mati atau menarik diri perniagaan, bahagian perniagaannya akan dijual kepada rakan kongsi yang lain.
hedge funddana perlindunganEkonomiTiadaDana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek.
joinertukang tanggam;penginap kongsiPentadbiran PerniagaanTiadaPenginap kongsi: Orang yang menginap bersama penginap lain dalam bilik yang sama.
entity planpelan entitiPentadbiran PerniagaanTiadaPelan yang menyediakan perjanjian jual beli, iaitu apabila seorang rakan kongsi meninggal dunia, rakan perkongsian akan membeli bahagian si mati untuk dibahagikan kepada rakan kongsi yang masih hidup. Premium dibayar oleh rakan kongsi daripada pendapatan mereka dan nilai tunai insurans diambil kira sebagai aset firma tersebut.
partnership insuranceinsurans perkongsianinsuransTiadaInsurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya.
partnership insuranceinsurans perkongsianPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya.
quota share retakafultakaful semula kongsi kuotaEkonomiEkonomi IslamPerlindungan takaful yang diserahkan oleh syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula melalui akad triti kongsi kuota. Dalam kes ini, risiko takaful akan ditanggung bersama oleh syarikat pengendali takaful dan syarikat takaful semula dengan peratus tertentu yang dipersetujui. Oleh itu, caruman takaful yang diterima daripada peserta dan pampasan yang akan dibayar kepada peserta akan dikongsi mengikut peratusan tersebut.
secret societykongsi gelapKriminologiKeadilan JenayahSekumpulan individu atau organisasi yang tidak sah dengan kepimpinan yang dikenal pasti, yang melakukan sesuatu aktiviti yang menyalahi undang-undang. Contohnya, kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti jenayah seperti gengsterisme, perjudian dan pengubahan wang haram.
12345678910...

Kembali ke atas