Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.no.ta.si] | کونوتاسي

Definisi : (Lin) asosiasi atau idea yg dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konotasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksdkan dengan konotatif dan denotatif?Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. Denotatif menurut Kamus Dewan pula berkaitan dengan denotasi. Denotasi bermaksud makna eksplisit sesuatu perkataan, atau lawan konotasi. Pengertian kedua untuk kata ini ialah hubungan semantik antara satuan bahasadengan benda, simbol dan lain-lain.Tatabahasa21.03.2007
Apakah yang dimaksudkan dengan konotatif?Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat.Tatabahasa13.10.2013
Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya?Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya.Tatabahasa04.04.2010
apakah konotasi untuk leksikal 'besar'?Léksikal (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa;  makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). T.kasih.Makna11.08.2008
maksud lestikal, konotasi, denotasi, kolokasi, polisemi, humonim, implisit, eksplisit dan semantikMenurut Kamus Dewan, leksikal bermaksud bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Contoh ayat : Makna leksikal merupakan makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula merupakan asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Denotasi pula ditakrifkan sebagai makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi. Pengertian kedua untuk denotasi ialah hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Kolokasi - hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat). Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian kata yang dikemukakan, mohon agar saudara membuat rujukan pada Buku Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna07.10.2007
DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERALMenurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna06.08.2007
SLM, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PERBEZAAN ANTARA KINAYAH DAN KONOTASI DALAM BALAGHAH, TIME KASIH.Kinayah bermaksud contoh yang tersembunyi pengertian atau maksudnya, yang dapat difahami tanpa keterangan lain. Untuk mendapatkan maklumat perinci termasuklah perbezaan antara kinayah dengan aspek lain dalam bahasa Arab, sila rujuk buku yang berkaitan.Makna24.07.2010
Saya ingin tahu sekiranya terdapat sebarang makna bagi perkataan 'Latisa' dan adakah terdapat sebarang konotasi negatif terhadap perkataan ini atau maksudnya di dalam mana-mana bahasa?Perkataan "latisa" tidak terdapat dalam bahasa Melayu. DBP tidak mempunyai maklumat sama ada perkataan ini mempunyai makna yang negatif dalam bahasa lain.Istilah07.12.2016
makna denotatif?Denotatif ialah istilah dalam bidang Linguistik yang berkaitan dengan denotasi (lawan konotasi).Makna24.06.2011
apa itu denotatifDenotatif berkaitan denotasi, iaitu: 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lawan konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dengan benda.Makna31.05.2011
1234

Kembali ke atas