Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.no.ta.si] | کونوتاسي

Definisi : (Lin) asosiasi atau idea yg dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konotasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAKUN

JAKUN,  suku kaum Orang Asli. Masyarakat ini digolongkan dalam rumpun bangsa Melayu Asli atau Melayu proto.  Perkataan ‘jakun’ merupakan satu konsep budaya yang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk masyarakat ini.  Pada asalnya, konsep ‘jakun’ digunakan untuk merujuk semua kaum Melayu Asli. Konsep ‘jakun’ merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jah’ atau ‘jak’ yang bermaksud ‘orang’, dan ‘kun’ bermaksud ‘liar’, ‘mundur’ dan seumpamanya.  Konsep ‘jakun’ ini kurang disenangi kerana mengandungi pengertian dan konotasi yang negatif.  Orang Jakun turut dikenal dengan panggilan lain seperti Orang Hulu, Orang Darat, Orang Dusun dan Orang Dalam.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas