Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ser.va.tif] | کونسرۏاتيف

Definisi : 1. bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima per­ubahan: usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~; 2. kolot, tidak moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.ser.va.tif] | کونسرۏاتيف

Definisi : ingin atau cenderung utk mengekalkan sesuatu keadaan yg wujud atau yg menjadi kebiasaan: Golongan ~ telah menentang rancangan pemulihan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konservatif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kolot, cara lama, kuno, ortodoks, tidak moden, tidak mudah menerima perubahan, jumud, kaku, beku.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI KONSERVATIF

Parti Konservatif ialah satu daripada dua parti

politik utama di Britain, selain Parti Buruh.

Golongan konservatif berusaha memelihara

institusinya. Parti ini percaya bahawa perubahan

hendaklah bersifat evolusi bukan revolusi.

UMUM 
SAYAP KANAN

Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang

tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam

sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif

ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan

radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap

kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di

bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak

Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun

1789. Dalam perhimpunan itu, golongan

bangsawan mengambil tempat yang diberi

penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat

juga Konservatisme.

UMUM 
SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik

Konservatif Inggeris yang memegang jawatan

sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979

hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980

dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe

semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan

mendapat kemerdekaan yang sah. Soames

mendapat pendidikan di Eton College dan Royal

Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia

menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan

kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun

1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari

tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973

hingga tahun 1977.

UMUM 
PARTI TORY

Parti Tory ialah parti politik konservatif di Great

Britain. Istilah ini berasal daripada perkataan Gaelik

yang bererti diburu atau orang yang diburu dan

digunakan pada pertengahan tahun 1600-an untuk

merujuk kepada penjahat Irish.

UMUM 
MULRONEY, BRIAN

Mulroney, Brian (1939– ) ialah perdana

menteri Kanada dari tahun 1984 hingga tahun 1993.

Mulroney telah dipilih sebagai ketua Parti

Konservatif Progresif pada bulan Jun 1983. Sebelum

dia menjadi ketua parti tersebut, Mulroney ialah

peguam dan eksekutif perniagaan dan tidak pernah

memegang jawatan awam. Walaupun demikian, dia

berjaya memimpin Parti Konservatif hingga

memenangi pilihan raya tahun 1984.

UMUM 
PARKINSON, CECIL

Parkinson, Cecil (1931– ) ialah ahli politik

Parti Konservatif British yang menjadi menteri

pengangkutan pada tahun 1989.

UMUM 
KONSERVATISME

Konservatisme ialah sikap atau falsafah

yang amat mengutamakan tradisi. Golongan

konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan

idea tradisional, dan mereka menjadikannya

sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai

kebijaksanaan dan kebaikan.

UMUM 
MAJOR, JOHN

Major, John (1943– ), menjadi perdana

menteri United Kingdom pada tahun 1990. Dia

memegang jawatan tersebut selepas anggota Parti

Konservatif di Parlimen memilihnya sebagai

pemimpin parti. Dia menggantikan Margaret

Thatcher sebagai perdana menteri dan juga

pemimpin parti tersebut. Major menjadi perdana

menteri United Kingdom yang termuda sejak

tahun 1894, iaitu ketika berumur 47 tahun. Di

bawah pimpinannya, United Kingdom memainkan

peranan yang penting dalam Perang Teluk Parsi

tahun 1991 (lihat Perang Teluk Parsi ).

UMUM 
PARTI LIBERAL AUSTRALIA

Parti Liberal Australia ialah parti politik yang

menyokong inisiatif dan usaha individu dan bersifat

konservatif terhadap persoalan sosial dan moral

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
123

Kembali ke atas