Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ser.va.tif] | کونسرۏاتيف

Definisi : 1. bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima per­ubahan: usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~; 2. kolot, tidak moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.ser.va.tif] | کونسرۏاتيف

Definisi : ingin atau cenderung utk mengekalkan sesuatu keadaan yg wujud atau yg menjadi kebiasaan: Golongan ~ telah menentang rancangan pemulihan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konservatif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kolot, cara lama, kuno, ortodoks, tidak moden, tidak mudah menerima perubahan, jumud, kaku, beku.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conservativekonservatifSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran, individu, kelompok atau organisasi yang berpegang kepada tradisi dan sukar menerima perubahan. Pendirian ini berusaha mengekalkan sesuatu sebagaimana yang tersedia ada. Pemikiran sebegini disebut sebagai konservatisme, sementara mereka yang mengamalkannya digelar sebagai golongan konservatif. Gerakan politik golongan konservatif mula muncul semenjak abad ke-18 di Eropah sebagai reaksi intelektual terhadap golongan radikal yang berkembang kesan daripada Revolusi Perancis. Dari sudut sosiologi, golongan ini berasal daripada keturunan tuan tanah. Kelompok ini telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan struktural dimensi dan persepsi terhadap sesuatu fenomena seperti tidak lagi menolak perubahan secara total tetapi menerima perubahan secara evolusi. Dalam perkembangan politik moden, golongan ini telah muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat khususnya di Eropah seperti Parti Kristian Demokrat di Jerman, aliran pemikiran Gaullism di Perancis dan juga Parti Konservatif di Great Britain.
toryismfaham konservatifSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain.
semiconservative replicationpereplikaan separa konservatifBiologiGenetikCara pereplikaan DNA apabila bebenang molekul berpisah dan setiap satunya bertindak sebagai templat untuk pembentukan bebenang baru. bd. pereplikaan konservatif.
conservativekonservatif; abadiFizikTiadaTiada
conservativekonservatifPerpustakaanTiadaTiada
conservativekonservatifSejarahTiada1. Sifat yang cenderung untuk mengekalkan sesuatu yang telah menjadi kelaziman atau tradisi serta tidak mudah menerima sebarang perubahan.
conservativekonservatifPergigianTiadaBidang pemeliharaan struktur gigi dalam rawatan pergigian. Dalam aspek ini, pemotongan struktur gigi dalam penyediaan gigi dibuat seminimum yang mungkin. Tujuannya untuk mengurangkan risiko kecederaan tisu pulpa.
conservativekonservatifSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
toryismfaham konservatifSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
non-conservativetak konservatifFizikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas