Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[kon.tang] | کونتڠ

Definisi : 1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengan­dungi air atau air habluran: kalsium klorida ~; mengontang menjadi kontang; mengontangkan menyebabkan atau men­jadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami; kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu; kekontangan 1. keadaan kontang, keke­ringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.tang] | کونتڠ

Definisi : tidak berair; kering: kering ~ sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kontang. pengontangan hal menjadi kontang: Salah satu fungsi kulit adalah mencegah ~ tisu-tisu badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kon.tang] | کونتڠ

Definisi : ; ~-kanting dlm keadaan terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang). terkontang-kanting 1 terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang): Barang-barang mainan yg tergantung di atas kereta sorong itu ~ apabila kereta sorong itu ditolak. 2 terbiar seorang diri utk menjalani kehidupan tanpa dipedulikan: Dia begitu sedih memikirkan dirinya yg ~ menjalani kehidupan hari tuanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontang

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, perkataan 'kering-kontang' tergolong sebaga kata ganda atau kata majmuk? Saya agak keliru tentang penggunaan perkataan ini kerana ada penerbit yang mengkategorikannya sebagai kata majmuk sedangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ini ditulis dengan tanda sempang. Secara tidak langsung, perkataan ini sewajarnya tergolong sebagai kata ganda. Sekian, terima kasih.Kering-kontang ialah kata ganda yang ditandai dengan tanda sempang ditengah-tengahnya.Tatabahasa28.11.2012
salam saya nak tanya kekeliruan, kenapa lemah longlai tiada tanda sempang, tapi jika kering-kontang ada sempang?

Perkataan “lemah longlai” tiada tanda sempang kerana perkataan tersebut bukan kata ganda.

Perkataan “kering-kontang” ada tanda sempang kerana perkataan tersebut merupakan kata ganda.

Lain-lain23.08.2023
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022
ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa
Apa itu
Cerpen

Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.

ATAU

Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?)
Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?

Definasi untuk sebuah novel

Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.

Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.

Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.

ATAU

Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.

Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis)
... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.

Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.
Azmah Nordin   
Lain-lain08.09.2009
Saya Mahasiswa Universiti Islam Yala Thailand ingin soal perkenaan tentang apa perbezaan antara cerpen dengan novel wassalam.

Apa itu Cerpen

Kembali ke atas