Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tang] | کونتڠ

Definisi : 1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengan­dungi air atau air habluran: kalsium klorida ~; mengontang menjadi kontang; mengontangkan menyebabkan atau men­jadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami; kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu; kekontangan 1. keadaan kontang, keke­ringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.tang] | کونتڠ

Definisi : tidak berair; kering: kering ~ sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kontang. pengontangan hal menjadi kontang: Salah satu fungsi kulit adalah mencegah ~ tisu-tisu badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kon.tang] | کونتڠ

Definisi : ; ~-kanting dlm keadaan terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang). terkontang-kanting 1 terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang): Barang-barang mainan yg tergantung di atas kereta sorong itu ~ apabila kereta sorong itu ditolak. 2 terbiar seorang diri utk menjalani kehidupan tanpa dipedulikan: Dia begitu sedih memikirkan dirinya yg ~ menjalani kehidupan hari tuanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anhydrouskontangKimiaTiadaBerkaitan dengan sebatian yang tidak mengandungi air habluran. Air habluran yang terdapat di dalam sebatian berion dapat disingkirkan untuk menghasilkan sebatian kontang. Misalnya, natrium sulfat dekahidrat membentuk natrium sulfat kontang apabila dipanaskan. Bdg. hidrus.
dehydrated saltgaram kontangKimiaTiadaGaram yang tidak mengandungi air, sama ada air yang trserap atau air habluran. Misalnya, natrium sulfat kontang, Na2SO4. Bdg. garam terhidrat.
anhydrouskontangFizikTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrouskontangPerubatanTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrouskontangPerubatanTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrouskontangKimiaTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrouskontangPertanianTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrouskontangPertanianTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrouskontangPentadbiran PerniagaanTiadaPerihal sebatian yang tidak mengandung air habluran.
anhydrous saltgaram kontangFizikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas