Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.téks] | کونتيک س

Definisi : (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang ter­tentu yg ada kaitannya atau dapat dihubung­kan dgn sesuatu: cadangan YB Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konteks


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam konteks tatabahasa, adakah Malaysia boleh dianggap sebagai kata ganti diri nama dalam ayat berikut? Adakah ayat di bawah dianggap gramatis? "Malaysia menyaksikan pelbagai perayaan kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum."

Contoh ayat yang diberikan tidak tepat dan “Malaysia” bukan kata ganti nama diri. Ayat yang betul ialah “Pelbagai perayaan dapat disaksikan di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.”

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) hlmn. 101 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Kata Ganti Nama.


Tatabahasa21.01.2024
Dalam konteks e-commerce, penterjemahan yang mana paling sesuai digunakan untuk 'SIMILAR'. Similar disini merujuk kepada mencari produk yang sama. - Sama - SerupaTerjemahan perkataan bahasa Inggeris, similar dalam bidang e-dagang dalam bahasa Melayu ialah sama ada sama atau serupa. Kedua-duanya boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 
Sama - tidak ada bezanya, serupa saja
Serupa - sama jenisnya atau sama rupanya
Makna04.01.2022
Berdasarkan konteks ayat,“berdepan dengan” dan “untuk”adalah salah atau betul?Saya ada mengelirukan penggunaan rangkai kata itu yang diberikan oleh mereka.Penggunaan yng betul “berdepan dengan” akan menjadikannya “berdepan pada” atau penggunaan yang lain ? Kedua-dua kumpulan tersebut sukar untuk kembali pulih selepas berdepan dengan kemelut kewangan.Penggunaan "berdepan dengan" dalam contoh ayat yang diberikan betul.Tatabahasa15.08.2021
Salam sejahtera, dalam konteks bahasa perbualan (tidak baku), jika perkataan "berduet" disebut seperti "berduit", adakah diterima? Dalam konteks perbualan tidak baku. Sekian, terima kasih.Mengikut Kamus Dewan ejaan yang betul ialah "berduit" dan disebut "ber.duit". Walaupun dalam situasi tidak rasmi, sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul. Makna08.10.2021
Dalam konteks apakah perkataan 'may' diterjemahkan kepada boleh atau mungkin?Terdapat banyak padanan terjemahan untuk perkataan "may", bergantung pada konteks keseluruhan teks. Sila berikan contoh ayat untuk memudahkan pihak kami mencari padanan istilah yang bersesuaian. Jika teks tersebut panjang, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.Lain-lain31.03.2022
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang paling tepat untuk perkataan Bahasa Inggeris 'Shift Down' dalam konteks menurunkan sesuatu frekuensi.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "shift down" mengikut konteks yang diberikan ialah penurunan frekuensi.

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konteks dan konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.  

Makna26.09.2021
Salam sejahtera. Apakah padanan bahasa fast-check dan total engagements dalam konteks media sosial? Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah total engagements ialah jalinan penuh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.  Tiada penggunaan istilah fast-check dalam konteks media sosial.Istilah05.07.2023
Current-Sense Amplifier - "Sense" dalam konteks ini lebih sesuai diterjemah sebagai "Deria" atau "Kesan"? Penguat deria-arus atau Penguat kesan-arus? Terima kasih.Cadangan padanan terjemahan bagi perkataan sense dalam konteks ayat yang diberikan ialah deria. Penyemakan dan penterjemahan29.04.2022
Apa terjemaah untuk istilah "charset" dlm konteks komputer?Kami mencadangkan charset atau character set diterjemahkan sebagai "set aksara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah04.01.2022
Apakah terjemahan untuk "oral administration" dalam konteks perubatan?Padanan bahasa Melayu bagi istilah oral administration ialah pemberian oral. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah29.06.2023
12345678910...

Kembali ke atas