Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tra] | کونترا

Definisi : menentang, melawan, tidak menyo­kong (menyetujui): kecamannya yg keras menunjukkan sikapnya yg ~ terhadap perjuangan kita; ~ nasional menentang negara; ~ revolusi me­nentang revolusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.tra] | کونترا

Definisi : menentang; tidak menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontra


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera berdasarkan ayat ini "PRO dan KONTRA" apakah yang dimaksudkan dengan "PRO" & "KONTRA"? sekian terima kasih
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "PRO DAN KONTRA" bermaksud alasan, hujah dan sebagainya yang menyokong dan menentang se­suatu, baik buruknya. 
Istilah14.09.2015
contra/kontra

Saudara Zul,

Tiada soalan dikemukakan. Perkataan 'contra' ialah perkataan dalam bahasa Inggeris , manakala perkataan 'kontra' ialah padanannya dalam bahasa Melayu yang membawa maksud berlawanan.

Lain-lain21.03.2010
Boleh tak imbuhan pinjaman seperti ' pra' dan 'pasca' bertindak sebagai morfem bebas seperti' anti', 'pro' dan 'kontra'?Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah.Tatabahasa01.03.2011
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI 4, KOLABORASI BERMAKNA BERSUBAHAT UNTUK KERJA JAHAT. JAWAPAN YANG DIBERIKAN UTK SOALAN SAYA AMAT KONTRA DENGAN MAKNA DALAM KAMUSBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa27.11.2015
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan.

Makna05.11.2009

Kembali ke atas