Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak] | کونترک

Definisi : 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepenti­ngan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepen­tingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak] | کونترک

Definisi : perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontrak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perjanjian: ikatan, persefahaman, persetujuan,

2. Bersinonim dengan dokumen: syarat perjanjian, fasal perjanjian.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONTRAK

Kontrak ialah perjanjian yang dibuat antara

dua orang atau lebih dan dikuatkuasakan

melalui undang-undang.

UMUM 
PELAKSANAAN SPESIFIKSalah satu remedi bagi perlanggaran kontrak yang bertujuan mendesak agar kewajipan sesuatu kontrak dipenuhi.UNDANG-UNDANGKonsep
PAJAKAN

Pajakan ialah kontrak antara individu yang

mempunyai hak yang sah ke atas tanah atau harta lain

dengan penyewa harta berkenaan.

UMUM 
PERBONAN

Perbonan ialah satu kaedah untuk melindungi

kerajaan, individu, atau syarikat terhadap kerugian

yang disebabkan oleh ketidakjujuran atau

kegagalan pihak lain memenuhi kontrak atau

kewajipan tertentu. Bon diterbitkan melalui

penjamin dan syarikat insurans untuk tujuan

tertentu. Jenis bon yang digunakan untuk tujuan

ini termasuk bon kesetiaan, bon tanggungan dan

bon jaminan.

UMUM 
PERLUCUTHAKAN

Perlucuthakan ialah hukuman atau denda

menurut undang-undang terhadap seseorang yang

didapati bersalah atas perbuatan salah laku atau

terhadap seseorang yang melanggar kontrak atau

syarat. Ia akan kehilangan beberapa hak atau

pemilikan.

UMUM 
PERJANJIAN BELANDA-JOHOR

PERJANJIAN BELANDA-JOHOR (1639), kontrak yang ditandatangani oleh Laksamana Johor, bagi pihak sultan, dengan Philips Lucasz, iaitu pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda di Patani.  Dalam kontrak ini, Johor berjanji akan membantu orang Belanda menyerang Portugis di Melaka.  Sebagai balasan, Belanda bersetuju menolong kerajaan Johor membina kota di Batu Sawar (di Sungai Johor) dan melindungi Johor daripada orang Aceh dan Portugis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
BURSA DERIVATIF MALAYSIA BERHAD

Bursa Derivatif Malaysia Berhad ialah bursa yang menawarkan Kontrak Hadapan dan Opsyen yang beroperasi di bawah Akta Industri Hadapan 1993.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-

undang oleh seseorang terhadap harta orang lain

sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama

dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi

tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah

hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai

janji; Kontrak).

UMUM 
BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR

Bursa Komoditi Kuala Lumpur ialah tempat urus niaga kontrak niaga hadapan komoditi dijalankan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
SHOLES, CHRISTOPHER LATHAM

Sholes, Christopher Latham, (1819–1890)

ialah pencipta dan wartawan Amerika yang

membantu membangunkan mesin taip pertama

yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan

Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada

tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun

1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan

mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya,

James Densmore. Mereka mula membuat mesin

tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya

dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan

Densmore memberi kontrak kepada Remington

and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan.

Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar

kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir

berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika

Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang

berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat

dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes

dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin

penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga

Mesin taip (Sejarah; gambar).

UMUM 
12

Kembali ke atas