Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak] | کونترک

Definisi : 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepenti­ngan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepen­tingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak] | کونترک

Definisi : perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontrak (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perjanjian: ikatan, persefahaman, persetujuan,

2. Bersinonim dengan dokumen: syarat perjanjian, fasal perjanjian.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kontrak sosial atau fantasi politikA. Aziz DeramanSinar Harian22.05.2008
Kontrak sosial paksi kuasa MelayuJohan AfandiBerita Harian05.05.2008
Kontrak Naratif protes Barat?Abdullah JusohBerita Minggu11.09.1994
Kontrak (akad) yang berkaitan dengan hartaTiadaUtusan Melayu02.10.1996
Kontrak NaratifRozhan ZakariaBerita Minggu21.08.1994
Kontrak RTM dan artis berat sebelahTiadaUtusan Zaman01.02.1988
Fahami kontrak sosialAni AwangUtusan Malaysia23.10.2008
Fahami kontrak sosial, elak ketegangan kaumMohd Ayop Abd RazidBerita Harian29.10.2008
Mempersoalkan kontrak sosial selepas 50 tahun-Utusan Malaysia30.06.2008
Rukunegara kontrak sosial kedua: AbdullahWan Hazmir BakarBerita Harian16.12.2006
123

Kembali ke atas