Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya KUHAFEESAH RONGSO. Saya ingin bertanya DBP dalam perkataan "KORANG" apa yang bermaksud dengannya,dan berasal dari bahasa apa? TERIMAKASIH."Korang" ialah bahasa percakapan yang bermaksud engkau atau kamu (berdasarkan konteks penggunaannya).Tatabahasa30.10.2014
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian.Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik.Lain-lain23.05.2014
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korangSebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau.Tatabahasa26.05.2014
Habib Ali Al Murtabari Martabatkn bhasa mlayu kpla hangguk la. Dbp ni bnyk mnjahanamkn bhasa dn tulisan mlayu sbnarnya. Contoh 'swafoto'. Main sdp korang je nk cipta prkataan. Bodoh.Sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul.Lain-lain15.12.2016

Kembali ke atas