Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.ban] | قربان

Definisi : Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kor.ban] | قربان

Definisi : 1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korban (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penyembelihan: pemberian, penyerahan,

2. Bersinonim dengan sasaran: mangsa

3. Bersinonim dengan pujaan: persembahan kepada dewa

Kata Terbitan : berkorban, mengorbankan, terkorban, pengorbanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya Artikoh Kuno, sedang di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa melayu, apakah makna ''Qurban'' apakah artinyaEjaan yang betul ialah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.Makna22.09.2014
mana yang betul - ibadat korban, ibadat qurban, ibadah qurban atau ibadah korban. Terima kasihIbadah dan ibadat kedua-duanya betul, sila klik ibadah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ibadah untuk maklumat lanjut.

Ejaan yang betul ialah ibadat/ ibadah  korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin:
Ejaan27.07.2017
perkataan yang betul KORBAN, KURBAN ATAU QORBAN. ( MENGENAI IBADAH )Salam sejahtera,

Tuan,

Data kami menunjukkan ejaan yang betul ialah korban yang bermaksud amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa24.02.2018
Assalamualaikum. "Mata lembing tercabut sendiri, melayang menikam orang lain hingga membunuh sembilan puluh lapan lelaki dalam majlis itu. Korban ke sembilan puluh sembilan ialah ayah Dayang lalu mencabut lembing dari perutnya....." Berdasarkan petikan cerita di atas, saya ingin bertanya sedikit soalan. 1. sembilan puluh lapan perlu dieja atau ditulis nombor 98? 2. korban ke sembilan puluh sembilan atau korban ke-99? sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah ... 98 lelaki ... dan ... korban ke-99 .... Nombor kosong hingga sembilan dieja penuh, manakala nombor 10  dan ke atas ditulis dalam bentuk angka.Ejaan25.08.2011
Apakah bezanya kekah dan korban

Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

akikah

  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
Makna20.10.2009
Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat tersebut ?Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.Ayat yang tepat ialah "Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat."Tatabahasa16.07.2013
Sy dh bayar untuk novel korban kasih tapi no respondSalam sejahtera, Semakan pembelian buku. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, puan boleh menghantar pesanan mesej melalui Facebook DBPNiaga dan kemukakan info pembelian untuk semakan. Atau menghubungi talian seperti yang berikut: Anjung DBP- 03-2147 9597/03-2147 9598 Kompleks DBP Hulu Kelang - 03-41010028 / 019-2141956 Atau klik pautan ini, https:3a//dbpniaga.my//Lain-lain29.05.2020
1. Ibu akan menulis ___ yang ingin dibeli sebelum ke pasar raya. 'senarai barangan' atau 'senarai barang-barang'?? 2. ___ diisyharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu. 'Adalah' atau 'Dengan ini', kedua-dua pilihan ini boleh diterima ??1. senarai barangan 2. Kedua-dua perkataan "Adalah" dan "Dengan ini' tidak diperlukan dalam ayat. Diisytiharkan bahawa... sudah mantap.Tatabahasa22.07.2013
Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan.Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
Saya Artikoh Kuno, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa Melayu, apakah makna 'Qurban' apakah artinya Terima kasih atas jawapannya.Kata ‘korban’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainyaMakna22.09.2014
12

Kembali ke atas