Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ré.la.si] | کوريلاسي

Definisi : (korélasi) hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait: terdapat ~ antara pengetahuan sains dgn kepercayaan agama; berkorelasi mempunyai hubungan atau kaitan antara satu sama lain, berhubung kait: kedua-dua isu itu tidak ~ sama sekali; mengkorelasikan menghubungkan atau mengaitkan perkara, isu dsb antara satu sama lain, menghubungkaitkan: ahli kaji serangga dapat ~ penyebaran dgn ekologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korelasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rank correlationkorelasi pangkat; korelasi tarafPerubatanTiadaTiada
Cleasby correlationkorelasi CleasbyKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi yang memperbaik eksponen n dalam korelasi Richardson-Zaki bagi zarah yang berbentuk bukan sfera dengan menggunakan konsep faktor bentuk dinamik (DSF) sebagai np = ns DSFa, dengan np = eksponen n bagi zarah bentuk sembarangan, ns = eksponen n bagi zarah bentuk sfera. a ialah pemalar yang dikorelasikan dengan DSF dan nombor Reynolds sebagai a = -2,2715 DSF0.420 Re-0.441 Bagi 15 < Re < 200, n = (4.45 + 18d/D) Re-0.1 DSFa Bagi 200 < Re < 503, n = 4.45 Re-0.1 DSF dengan Re = nombor Reynolds, d = garis pusat zarah, D = garis pusat saluran atau bekas.
generalized correlation of thermodynamicskorelasi umum termodinamikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi yang menjelaskan faktor kemampatan berfungsikan suhu dan tekanan terturun daripada data eksperimen. Korelasi ini berupaya meramalkan sifat molekul yang lain.
Yuge correlationkorelasi YugeKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi untuk sfera yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 2 + 0.43 Ra1/4, Dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh. Korelasi ini sesuai jika bendalir perantaraan ialah gas (iaitu nombor Prandtl lebih kurang satu) yang mengalir dalam rejim lamina dengan Ra <105.
correlation coefficientkoefisien korelasiHidrologiTiadaSILA RUJUK RAJAH DI HLM. 25 Ukuran kesalingbersandaran linear dua variat, x dan y bermin x, y. Jika r = 1 ini menunjukkan secara umum yang korelasi itu adalah positif tepat, r = - 1 menunjukkan korelasi negatif tepat dan r = 0 menunjukkan tidak adanya korelasi.
Scheibel correlationkorelasi ScheibelKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi Wilke-Chang yang dipermudah tanpa memerlukan parameter pengumpulan f yang dijelaskan sebagai dengan DAB = pekali resapan, mB = kelikatan, T = suhu, V = isi padu molar, subskrip A = bahan melarut, subskrip B = pelarut. Korelasi ini sesuai bagi cecair bukan elektrolit yang meresap ke dalam larutan organik.
Linton-Sherwood correlationkorelasi Linton-SherwoodKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi Gilliland-Sherwood yang diperbaik bagi keadaan nombor Schmidt yang lebih tinggi menurut ungkapan berikut: Sh = 0.023 Re0.83 Sc1/3, dengan Sh = nombor Sherwood, Rei - nombor Reynolds, Sc = nombor Schnidt. Korelasi ini sesuai bagi 2 x 103 < re < 70 x 103 dan 1000 < Sc < 2260.
Rackett correlationkorelasi RackettKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi untuk menganggarkan isi padu molar cecair tepu yang diungkapkan sebagai Vs = Vc Zc (1 + T/Tc)0.2857, dengan Vs = isi padu molar tepu (cm3/mol), Z = faktor kemampatan, T = suhu (K), subskrip c = keadaan kritikal. Korelasi ini tepat dalam julat 1 � 2% daripada data eksperimen.
Manning correlationkorelasi ManningKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi yang meramalkan halaju purata pengaliran air di dalam saluran terbuka yang diungkapkan sebagai u = 1.49 (DH/2)0.66 S0.5/e, dengan u = halaju purata (kaki/saat), DH = garis pusat hidraulik (kaki), S = cerun garisan tenaga (kaki/saat), e = faktor kekesatan permukaan. Korelasi ini sesuai bagi keadaan S < 0.10.
Wilson-Geankoplis laminar regime correlationkorelasi rejim lamina Wilson-GeankoplisKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi Sherwood-Pigford-Wilke yang diperbaik untuk mengambil kira kesan keliangan yang diungkapkan sebagai eJD = 1.09 Re-1, dengan e = keliangan, Re = nombor Reynolds, JD = faktor J bagi pemindahan jisim. Korelasi ini sesuai jika 0.35 < e < 0.75, Re < 55, dan 165 < Sc < 70600.
12345678910...

Kembali ke atas