Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keseluruhan kata dlm sesuatu bahasa, perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.

Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.
Makna20.08.2015
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih.Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.Tatabahasa28.04.2013
Adakah wujudnya takrif bagi perkataan 'kosa' dalam frasa kosa kata? Kosa kata terdiri daripada dua bahagian iaitu kosa dan kata, tetapi saya tidak tahu makna kosa dan takrif yang diberi dalam kamus seolah-olah tiada kaitan dengan penggunaanya dalam membentuk istilah 'kosa kata'. Mohon beri penjelasan. Kosa kata bermaksud keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata.Makna29.07.2017
Salam sejaterah tuan. Apakah itu kosa kata umum dan kosa kata istilah? Bolehkah tuan berikan penerangan serta contoh untuk kedua-dua kosa kata tersebut? Terima kasih.Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa24.04.2013
Tuan, saya inginkan penjelasan tentang kosa kata berprestasi tinggi memandangkan kosa kata ini dapat menentukan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Tolong klasifikasikan maksud kosa kata berprestasi tinggi serta berikan contok kepada saya.DBP tidak mempunyai maklumat tentang kosa kata berprestasi tinggi. Kami mencadangkan tuan mengemukakan pertanyaan kepada Kementerian Pelajaran.Lain-lain24.04.2012
"Apakah perbezaan antara kosa kata istilah dan kosa kata umum."Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.Tatabahasa02.07.2013
Adakah kosa kata "bodi" yang berasal daripada kosa kata "body" telah menjadi kosa kata bahasa Melayu?Untuk makluman saudara, "Bodi" merupakan bahasa percakapan dan tidak digunakan secara rasmi.Lain-lain23.08.2007
APAKAH SEJARAH KOSA KATA DAN CONTOH KOSA KATA MODEN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA? APAKAH KOSA KATA BAHASA INGGERIS, ARAB, INDIA DAN CHINA YANG DIMELAYUKAN?

Sila rujuk buku yang berkaitan di perpustakaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara yang berkaitan dengan sejarah.

Contoh yang dapat diberi di sini :

1. Asal bahasa Cina - Kuaci, dll.

2. Asal bahasa India - Roti, dll.

3. Asal bahasa Arab - Kerusi, dll.

4. Asal bahasa Inggeris - Lampu, dll.

Lain-lain03.02.2009
Adakah kosa kata "burger" telah menjadi sebahagian kosa kata bahasa Melayu? Jika tidak, apakah kosa kata dalam bahasa Melayu?istilah burger telah ada dalam Kamus Dewan Edisi ke-4.Tatabahasa30.07.2007
Adakah kosa kata "cincai" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu?Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu, tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard.Lain-lain13.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas