Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kot] | کوت

Definisi : sj baju tebal potongan Barat berlengan panjang dan biasanya terbuka di depan yg dipakai di luar baju kemeja: dibetul-betulkan tali lehernya dan disarungnya ~; berkot 1. mempunyai kot; 2. memakai kot: seorang lelaki ~ biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kot] | کوت

Definisi : bp mahkamah pengadilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kot] | کوت

Definisi : bp katil bayi atau kanak-kanak yg ber­bentuk spt kotak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kot] | کوت

Definisi : baju berlengan panjang dan berbutang di bahagian hadapan (biasanya utk orang lelaki) yg dipakai di luar kemeja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kot] | کوت

Definisi : katil bayi atau katil kanak-kanak yg mempunyai palang atau penghadang di kelilingnya supaya bayi atau kanak-kanak tidak jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kot


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 
KAIN LEBAR

Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri

lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut,

kemeja dan gaun.

UMUM 
KARAKUL

Karakul ialah biri-biri berekor leper yang

menghasilkan kulit yang dikenali sebagai broadtail,

biri-biri Parsi dan karakul. Perniagaan bulu haiwan

menggunakan kulit karakul untuk membuat jaket,

kot, dan topi.

UMUM 
SERGE

Serge ialah sejenis kain yang biasanya diperbuat

daripada bulu bebiri, rayon, kapas, atau sutera. Ia

mempunyai tenun twil, yang kelihatan sebagai rib

serong atau rib miring pada permukaan kain.

Serge worsted digunakan untuk membuat

pakaian, sut, kot, dan kep. Serge sutera banyak

digunakan untuk lapik.

UMUM 
PAKAIAN

Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan

yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang

Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas

dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di

sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai

kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang

jururawat berkemungkinan memakai pakaian

seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di

London berkemungkinan memakai sut perniagaan

dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang

memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya

merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama

seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian

merupakan salah satu daripada keperluan manusia

yang sangat penting.

UMUM 
NUTRIA

Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah

rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau

berhampiran dengannya. Nutria berasal dari

selatan Amerika Selatan, tetapi telah

diperkenalkan ke negara-negara lain untuk

diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai

“nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang.

Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan

sarung tangan, manakala dagingnya digunakan

untuk membuat makanan haiwan kesayangan.

UMUM 
SUEDE

Suede, sejenis kulit lembut yang mempunyai nap

pada satu bahagian. Suede dibuat dengan

memegang bahagian belulang haiwan yang

berdaging dan yang telah disamak pada roda

penggilap. Permukaan roda yang kasar itu menaikkan

nap tersebut. Barang-barang yang diperbuat

daripada suede termasuk kasut, sarung tangan, topi,

dan kot.

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 

Kembali ke atas