Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ta] | کوتا

Definisi : 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg meling­kungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asal­nya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu per­tahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, per­kataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, ber­bentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur­-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ta] | کوتا

Definisi : 1 tempat pertahanan yg dikelilingi tembok batu: Orang Portugis telah mendirikan sebuah ~ di Melaka. 2 tembok batu yg mengelilingi kubu pertahanan: Tinggi ~ Melaka ialah kira-kira sepuluh depa. 3 tempat orang berjual beli atau tempat berniaga; bandar: Banyak pemuda yg meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~. berkota 1 bertembok batu (bkn kubu). 2 mempunyai kota (bandar): Negeri yg ~ besar. mengota membina kota di keliling sesuatu. mengotai menjadi sbg kota pd. mengotakan 1 menggunakan sesuatu sbg benteng. 2 ki memenuhi atau menepati janji dll: Segala kata mestilah dikotakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kota

Puisi
 

Jauh sungguh kota seberang,
     Dekat lagi kota Cik Dayang;
Susah sungguh kasih seorang,
     Entahkan tidak kasih dan sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah yang betul? - kota Paris - Kota ParisEjaan yang betul ialah kota Paris kerana kota Paris bukannya kata nama Khas. Hanya Paris sahaja kata nama khas yang merujuk nama tempat.Tatabahasa08.12.2015
Bagaimana menulis Kota Damsyik atau Kota Makkah. Perlukah menggunakan huruf besar pada pangkal Kota?Ejaan yang digunakan ialah Mekah atau Makkah, atau lazimnya disebut kota suci Mekah. Oleh itu, huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. Begitu juga dengan kota Damsyik.Tatabahasa18.03.2013
Yang mana paling tepat: 1. ... kota Makkah 2. ... Kota MakkahHuruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah.Tatabahasa19.04.2013
sila betulkan ayat-ayat berikut besertapenerangannya. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan.

1. Ayat yang dikemukakan ayat lisan. Dalam kontak ayat lisan, ayat ini betul. 2. Ayat ini betul. kata banyak merujuk kepada kata bilangan. 3. Bahasa Inggeris (ialah) bahasa pertuturan antarabangsa...

 

Tatabahasa29.09.2011
Kota Baghdad atau kota BaghdadEjaan yang betul ialah kota BaghdadLain-lain05.03.2012
Cikgu, "Kota Bharu" atau "Kota Baharu" ialah penggunaan kata yang betul bagi tempat tersebut?Penamaan yang betul ialah Kota Bharu.Ejaan09.05.2014
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul?Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam.Tatabahasa01.03.2007
"Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai" atau "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai"?Ejaan yang betul ialah "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai". Ejaan18.08.2011
"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014" atau "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - BAngkok ditangguhkan KEPADA 19 Mac 2014"? (Sumber: Sinar Harian, 9 Januari 2014)"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014". Kata sendi "ke" lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapanTatabahasa09.01.2014
Apakah perbezaan bandar, bandar raya, dan kota raya? Bolehkah "city" diterjemahkan kepada kota raya bagi istilah pelancongan?
Bandar ialah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Bandar Raya ialah  yang besar lagi penting yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih atau digelar juga sebagai kota raya. Kota Raya ialah  bandar raya yang besar.  Berdasarkan makna ketiga-tiga perkataan tersebut tidak ada perbezaanya. Oleh itu, istilah kota raya boleh digunakan  dalam istilah pelancongan kerana membawa makna yang sama.
Istilah18.09.2020
12345678910...

Kembali ke atas