Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ta/] | کوتق

Definisi : 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (ber­petak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat­-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisah­kan, mengasingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ta/] | کوتق

Definisi : 1 peti kecil (biasanya dibuat drpd kayu, kadbod) tempat menyimpan sesuatu: ~ mancis; ~ surat (pos) kotak tempat surat; peti surat di pejabat pos dll; ~ semaian kotak yg berbentuk empat segi (biasanya dibuat drpd kayu) tempat menyemai biji benih. 2 bahagian dlm rumah (sawah dll) yg berbentuk empat segi; petak. berkotak 1 berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2 bercorak spt kotak: Kain pelekat itu ~-kotak putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kotak

Puisi
 

Sampan kotak perahu Cina,
     Sarat bermuat ubi keladi;
Rusa ditembak pelanduk kena,
     Kenapa pula kijang yang mati?


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOTAK MUZIK

Kotak muzik ialah sejenis alat yang memainkan

lagu-lagu secara automatik.

UMUM 
NEVELSON, LOUISE

Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca

wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana

assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di

dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak

dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan

perasaan senyap dan keunggulan.

UMUM 
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 
KAMERA OBSKURA

Kamera obskura ialah kotak yang digunakan

untuk melakarkan objek besar. Istilah ini

bermaksud kamar gelap.

UMUM 
RANGKA SEJUK

Rangka sejuk ialah struktur bak kotak yang

dibina di atas tanah untuk melindungi tumbuhan

semasa cuaca sejuk. Pekebun menggunakan

rangka sejuk pada musim bunga untuk melindungi

anak benih lembut yang telah bercambah sebelum

permulaan musim tumbuh. Rangka sejuk juga

melanjutkan musim tumbuh-tumbuhan pada

musim luruh dengan melindunginya daripada fros.

UMUM 
ZITER

Ziter ialah sejenis alat muzik bertali yang terdiri

daripada kotak kayu mendatar dengan 32 helai atau lebih tali atau dawai yang direntang memanjang.

Untuk dimainkan, ziter diletak di atas meja.

UMUMKonsep
METER GAS

Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu

gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah

kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di

tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang

berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan

boleh bergerak, yang membahagikannya kepada

dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat

kebuk yang berasingan.

UMUM 
DIMENSI KEEMPAT

Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan

ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang,

lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter

panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh

digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4,

2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk

memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang–

contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang.

Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat

mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang

bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang

sedang dalam penerbangan pada kedudukan

tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi

keempat, iaitu masa.

UMUM 
KECAPI

Kecapi ialah alat muzik bertali purba. Badannya

berbentuk buah pear, lehernya mempunyai papan

jari yang berfret, dan kotak pasak yang terlekat

pada lehernya pada sudut tajam.

UMUM 
DULSIMER

Dulsimer ialah alat muzik bertali yang

dimainkan dengan pemukul kayu. Dulsimer ini

mempunyai antara 42 hingga 72 tali daripada keluli

yang diregang merentasi kotak kayu yang rata,

yang biasanya berbentuk trapezoid.

UMUM 
123

Kembali ke atas