Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ta/] | کوتق

Definisi : 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (ber­petak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat­-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisah­kan, mengasingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ta/] | کوتق

Definisi : 1 peti kecil (biasanya dibuat drpd kayu, kadbod) tempat menyimpan sesuatu: ~ mancis; ~ surat (pos) kotak tempat surat; peti surat di pejabat pos dll; ~ semaian kotak yg berbentuk empat segi (biasanya dibuat drpd kayu) tempat menyemai biji benih. 2 bahagian dlm rumah (sawah dll) yg berbentuk empat segi; petak. berkotak 1 berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2 bercorak spt kotak: Kain pelekat itu ~-kotak putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kotak

Puisi
 

Sampan kotak perahu Cina,
     Sarat bermuat ubi keladi;
Rusa ditembak pelanduk kena,
     Kenapa pula kijang yang mati?


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kotakbunga kotakKesenianTiadaMotif batik berunsur geometri berbentuk kotak-kotak, terdapat pada kain sarung.
bunga kotak bercampurbunga kotak bercampurKesenianTiadaMotif batik berunsur geometri berbentuk kotak-kotak yang diisi dengan bunga-bungaan atau buah-buahan tempatan.
deep boxkotak dalamTeknikElektrikKotak alat tambah pemasangan pembuluh yang dibut daripada logam, berbentuk segi empat tepat dan lebih tebal berbanding dengan kotak-kotak alat tambah lain. kotak jenis ini digunakan untuk pemasangan alat tambah elektrik seperit suis, soket alur keluar yang terbenam, atau tempat penyambungan pendawaian pembuluhnya.
uneven plaidkotak-kotak tak seragamSosiologiTiadaTiada
terminal boxkotak tamatanTeknikElektrikKotak logam yang mengandungi pangkalan penyambungan kabel dan hanya mempunyai satu lubang masukan pembuluh. Kotak ini sering diertikan sebagai kotak akhir sesuaut pemasangan pendawaian. Misalnya, kotak sambungan motor. Sinonim kotak hujung.
shielded boxkotak perisaiKejuruteraanTiadaKotak seperti kotak bersarung tangan yang sesuai untuk kerja-kerja melibatkan bahan radioaktif.
iceboxkotak ais; peti sejuk/peti aisSosiologiTiada1. Kotak ais: Kotak berisi ais yang mudah alih untuk menyejukkan bahan makanan.
junction boxkotak simpangTeknikElektrikKotak yang dibuat daripada bahan penebat yang dipasang di persimpangan laluan pendawaian dan berfungsi sebagai tempat terkumpulnya penyambungan dawai atau kabel. Sinonim kotak sambungan, kotak agihan.
control boxkotak kawalanTeknologi MaklumatTiadaSatu kotak objek dalam suatu tetingkap atau kotak dialog yang digunakan untuk mengawal tindakan pada perisian. Contoh bentuk kotak kawalan adalah seperti butang tekan, bar skrol, menu tarik bawah. Contoh kotak kawalan di bawah merupakan pertanyaan pengesahan tindakan penyimpanan fail.
sealing boxkotak palamTeknikElektrikKotak bertutup rapi yang dipasang di hujung kabel. Kotak ini digunakan sebagai pelindung penebat kabel daripada dirosakkan oleh udara atau lembapan terutama ketika sambungan keluar dibuat. Contoh penggunaan kotak palam ini ialah pada tamatan kabel bawah tanah untuk sambungan ke kotak kawalan suis.
12345678910...

Kembali ke atas