Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.tor] | کوتور

Definisi : 1 tidak bersih; cemar: Lalat suka hinggap di tempat yg ~. 2 tidak baik (bkn perkataan, perbuatan dll); tidak senonoh; keji: Ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan perkataan yg ~. ~ mulut suka bercakap ttg perkara yg tidak senonoh. mengotori menjadikan kotor (oleh sesuatu yg bersifat kotor): Sampah sarap yg ~ lantai itu disapunya. mengotorkan 1 menyebabkan menjadi kotor (oleh seseorang dgn menggunakan sesuatu yg bersifat kotor): Sekumpulan budak nakal telah ~ lantai sekolah dgn lumpur. 2 menyebabkan sesuatu menjadi kotor atau cemar (dgn melakukan sesuatu); mencemarkan: Dia telah ~ nama baik keluarganya. kotoran sesuatu yg kotor (spt najis, sampah dll). kekotoran keadaan kotor; kecemaran: ~ udara dpt mendatangkan penyakit. pengotoran perihal (perbuatan) dsb menjadikan atau menyebabkan kotor. pengotor orang yg tidak menghiraukan kebersihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,

Peribahasa

Kotor dicuci,
     berabu dijentik.

Bermaksud :

Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stainvt 1. discolour, (act.) mengotori, menyebabkan [sst] kotor; (pass.) kotor; (with blood) berlumuran: be careful you don’t ~ your dress, hati-hati supaya kamu tdk mengotori baju; betel juice ~s the teeth, air sirih menyebabkan gigi kotor; his fingers were ~ed with nicotine, jari-jarinya kotor disebabkan nikotin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soiled adj dirty, kotor: to put ~ clothes in the washing machine, memasukkan kain-kain kotor ke dlm mesin basuh; ~ nappies, kain lampin yg kotor; his ~ hands, tangannya yg kotor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grubbyadj 1. kotor, comot: the mechanic’s ~ hands, tangan mekanik yg kotor itu; the ~ child, kanak-kanak yg comot itu; 2. (fig.) kotor: the ~ side of his life was never made known to the public, aspek kehidupannya yg kotor tdk pernah diketahui umum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grimyadj kotor(-bolor): a ~ kitchen sink, sink dapur yg kotor-bolor; a ~ table-cloth, alas meja yg kotor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dirtyadj 1. unclean, kotor: his ~ clothes, pakaiannya yg kotor; 2. likely to defile with dirt, mengotorkan: repairing cars is a ~ job, membaiki kereta merupakan pekerjaan yg mengotorkan; 3. obscene, lucah, kotor: a ~ joke, jenaka yg lucah; 4. (colloq) mean, sordid, keji, hina: that was a ~ thing to do, itu satu perbuatan yg keji; his accomplice did the ~ work, konconya melakukan kerja-kerja keji itu; do the ~ on so., menganiaya sso; 5. ill-gotten, haram: ~ money, wang haram; 6. expressing anger, marah: a ~ look, pandangan marah; 7. rough, stormy, bercuaca buruk: a ~ night, malam yg bercuaca buruk; 8. (of colour) kotor: a ~ green, warna hijau kotor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fouladj 1. filthy, kotor: a bundle of ~ rags, seikat kain buruk yg kotor; the store was ~, bilik stor itu kotor; 2. stinking, (berbau) busuk: a ~ -smelling drain, longkang yg berbau busuk; his breath was ~, nafasnya busuk; 3. (in taste) dahsyat (rasanya): this medicine tastes ~, ubat ini rasanya dahsyat; 4. wicked, evil, kejam: a ~ crime, jenayah kejam; a ~ murder, pembunuhan kejam; 5. obscene, cabul: his language was ~, bahasanya cabul; she has a ~ mind, fikirannya cabul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
begrimedadj kotor; (of face, clothing) kotor, comot; ~ with, dikotori; (of face, clothing) dicomoti, dikotori: hands ~ with grease and soot, tangan yg dikotori gris dan jelaga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slum 2. (colloq), (place), (approp n + yg) sesak dan kotor: I want to get out of this ~ , saya hendak keluar dr rumah yg sesak dan kotor ini; my bedroom’s a real ~ at the moment , bilik tidur saya betul-betul sesak dan kotor buat masa ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spot vi kotor: the fabric does not ~ easily, kain itu tdk mudah kotor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dirtyvi (menjadi) kotor: white material dirties easily, kain putih mudah kotor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas