Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.yo/] | کويوق

Definisi : C 1. sj ubat yg ditempelkan pd kulit (utk menyembuhkan penyakit bisul dll); 2. bp cakap yg sedap didengar tetapi tidak benar, temberang, cakap kosong (tidak sungguh­-sungguh); jual ~ (ubat) menemberang, ber­cakap kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.yo/] | کويوق

Definisi : anjing liar (tidak dipelihara orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koyok


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tepek I(tépék) barang yg tipis yg melekat atau menempel (tanah liat, kapur, koyok, dll): beberapa ~ koyok; se~ tembakau selempeng tembakau; gula ~ gula kelapa atau enau (yg dituang dlm acuan yg tipis); bertepek menempel, melekat: usahalah membersihkan arang yg ~ di bawah periuk belanga itu; bertepek-tepek terpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor: apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok; menepek, menepekkan menampalkan, melekatkan: kertas itu ditepek di dinding rumah-nya; penepek alat yg digunakan utk menepek sesuatu: ~ digunakan utk menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yg dikehen­daki; tempek.Kamus Dewan Edisi Keempat
koyok IIanjing liar (tidak dipelihara orang).Kamus Dewan Edisi Keempat
koyok IC 1. sj ubat yg ditempelkan pd kulit (utk menyembuhkan penyakit bisul dll); 2. bp cakap yg sedap didengar tetapi tidak benar, temberang, cakap kosong (tidak sungguh­-sungguh); jual ~ (ubat) menemberang, ber­cakap kosong.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanduk koyoktanduk yg melengkung ke bawah;Kamus Dewan Edisi Keempat
jual koyok (ubat)menemberang, ber­cakap kosong.Kamus Dewan Edisi Keempat
ubat telekapubat plaster, koyok.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepek /tépék/barang tipis spt koyok, tanah liat dll yg melekat atau yg menempel.Kamus Pelajar
telekap Iark; ubat ~ ubat plaster, koyok.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertepek-tepekterpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor: apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanduk I1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas