Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kréa.ti.vi.ti] | کرياتيۏيتي

Definisi : (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kreativiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya cipta, daya usaha.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARABES

Arabes ialah satu seni menyambung dan

mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang

mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga

dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini

diterokai di dalam satu gerakan menggunakan

tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk

pada kreativiti seniman semasa mengolah dan

menggunakan garisan-garisan yang bersambung,

bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan

dan perasaan seniman dengan menyeragamkan

pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan

seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun

dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala

seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala.

UMUM 
RANDAI

RANDAI, persembahan teater tradisi dengan gaya bercerita melalui tarian dan lakonan. Persembahan ini di paparkan melalui gaya bahasa berirama seperti gurindam, berdendang dan berlagu. Randai merupakan kreativiti yang menjadi tradisi kelompok Minang di Malaysia dan Indonesia, yang mengamalkan adat perpatih. Di Malaysia, randai terdapat di Negeri Sembilan dan Selangor. Persembahannya mirip gaya bahasa Minang loghat daerah di Negeri Sembilan.

BUDAYAKegiatan
PAKAIAN KANAK-KANAK

PAKAIAN KANAK-KANAK, sesuatu yang dipakaikan kepada kanak-kanak.  Pada masa dahulu kanak-kanak Melayu tidak mempunyai berbagai-bagai fesyen pakaian.  Mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat sendiri oleh ibu berasaskan kreativiti masing-masing. 

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas