Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[krim] | کريم

Definisi : 1. cecair pekat atau kental berlemak yg berwarna kekuning-kuningan yg timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sbg makanan; warna ~ warna kuning keputih-putihan; 2. bahan makanan yg lembut, pekat, dan manis yg berupa spt krim; ~ karamel pencuci mulut yg dibuat drpd telur, gula, susu, dll yg dibubuh karamel di atasnya; 3. bahan berubat yg pekat dan lembut spt krim yg digunakan utk melembutkan kulit, menyeri­kan rambut, dsb; ~ asas krim yg digunakan sbg asas utk mekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[krim] | کريم

Definisi : 1 cecair pekat atau bahan yg agak kental yg berlemak dan berwarna kekuning-kuningan. 2 bahan yg pekat (spt yg digunakan sbg alat solek) yg disapukan pd kulit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata krim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
creamkrim; putarPentadbiran PerniagaanTiada3. Krim: Krim daripada susu yang dihidang bersama teh, kopi dan makanan.,4. Putar: Kaedah memukul mentega dan gula sehingga sebati.
hydrophilic creamkrim hidrofilikHerbaTiadaKrim yang mempunyai fasa akueus sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi minyak dalam air (o/w) seperti sabun natrium atau sabun trolamina, alkohol lemak tersulfat dan polisorbat. Contohnya, krim pencukur, krim tangan dan krim asas.
cream puffkrim pafSosiologiTiadaPastri bulat berlapis yang berisi krim atau krim putar.
lipophilic creamkrim lipofilikHerbaTiadaKrim yang mempunyai fasa lipofilik sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan dan monogliserida. Contohnya, krim sejuk dan krim emolien.
herbal creamkrim herbaHerbaTiadaBahan separa pepejal yang mengandungi campuran air dan lemak atau minyak yang melembutkan kulit dan larut campur dengan bahan rembesan kulit. Krim herba digunakan pada kulit atau membran mukus untuk tujuan perlindungan, terapi atau pencegahan. Krim ini memberikan kesan pendinginan dan kurang berminyak daripada salap. Terdapat dua jenis krim iaitu krim lipofilik dan krim hidrofilik.
creamkrimFarmasiFarmaseutikEmulsi separa pepejal untuk kegunaan luar. Krim emulsi minyak dalam air lazim digunakan kerana mudah dicuci manakala krim emulsi air dalam minyak digunakan sebagai emolien dan bahan pembersih. Contoh krim emulsi minyak dalam air ialah Aqueous Cream BP.
bombeais krim bomPentadbiran PerniagaanTiada2. Ais krim bom: Desert daripada ais krim yang dibekukan dalam bekas berbentuk melengkung dan diliputi dengan meringue.
eclaireklairPentadbiran PerniagaanTiadaPastri berbentuk jejari daripada pes choux ,diisi krim putar atau krim pastri vanila dan dihias dengan coklat.
rose water ointmentsalap air mawarFarmasiTiadaDasar salap beremulsi yang digunakan sebagai krim kosmetik malam. krim sejuk.
creamkrimMakanan dan PemakananMakananProduk tenusu yang dihasilkan dengan memisahkan lapisan atas susu yang tinggi lemak daripada bahagian lain. Dalam pengeluaran krim komersial, proses pemisahan ini dipercepat dengan menggunakan alat pengempar. Krim hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 35% lemak susu.
12345678910...

Kembali ke atas