Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.té.ria] | کريتيريا

Definisi : (kritéria) ukuran (asas pertimbangan) utk menentukan nilai (baik buruknya dll) sesuatu: penilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yg berlainan; pemilihan pemenang berdasarkan beberapa ~; mengkriteriakan menjadikan sbg kriteria: menurut Affendi, ciri yg dikriteriakannya itu tidak terdapat dlm syarahan perdana tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.té.ria] | کريتيريا

Definisi : /kritéria/ dasar atau ukuran utk menentukan nilai (kategori dll) sesuatu: Dia menggunakan ~ tertentu utk mengklasifikasikan barang-barang tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kriteria (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ukuran, penilaian.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen?

1 Kriteria pemilihan:

(i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara.

(ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja).

(iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran.

(iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas.

2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak.

3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku.

Lain-lain28.04.2008
Apakah tafsiran tentang golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu?Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria morfem,kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras fdengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, bab 5, halaman 81.   Tatabahasa22.09.2008
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran..Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. Lain-lain22.07.2008
Elemen kemampuan menunaikan solat. atau kriteria kemampuan menunaikan solatElemen bermaksud unsur, kriteria bermaksud ukuran atau pertimbangan. Antara dua perkataan ini, kriteria lebih sesuai digunakan.Lain-lain21.03.2018
Apakah kriteria sesuatu ejaan diguna pakai? Kadang-kadang nampak ketidakseragaman ejaan. Contohnya perkhemahan, perkelahan, Ramadan, Hadhari. Apa fungsi huruf 'h' kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Contoh lain Khamis, reda, khas dan lain-lain.Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan kaedah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf. Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 324 dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, halaman 1.Ejaan31.08.2009
Assalamualaikum. Adakah terjemahan "mematuhi tahap kriteria pematuhan yang ditetapkan," adalah tepat bagi ayat "comply with the required levels of conformity criteria...."? Atau 'conformity criteria' disini perlu diterjemahkan kepada 'kriteria keakuran'? Konteks ayat adalah seperti dibawah: "comply with the required levels of conformity criteria, in terms of legal and financial aspects since establishment of the CTA." Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan08.11.2021
SPBBK-PBT 2016 DI DALAM KRITERIA 1 (xvii) MEMATUHI GARIS PANDUAN PENENTUAN NAMA GEOGRAFI DAN TAMAN BOLEHKAH PIHAK TUAN TERANGKAN DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGENAI PERKARA DI ATAS ? DAN APAKAH YANG DIPERLUKAN DI DALAM KRITERIA TERSEBUT . TERIMA KASIHUntuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan melalui talian 21479131 (Encik Ahmad Fazly bin Sahar).Lain-lain22.09.2016
Adakah terdapat perkataan berbeza dalam Bahasa Melayu untuk perkataan Inggeris Criteria dan Criterion? Adakah perkataan Kriteria cukup untuk digunakan sebagai terjemahan.
Menurut data kami, padanan yang sesuai bagi perkataan Criteria dan Criterion ialah kriteria.
Lain-lain23.08.2017
1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip.Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan.Lain-lain21.06.2014
123456

Kembali ke atas