Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
signe critiquetanda kritiktanda kritiktanda kritikKesusasteraan
etude critiquekaji kritikkaji kritikkaji kritikKesusasteraan
film critickritik filmpengkritik filemkritik filemKomunikasi Massa
criticismkritikkritikankritikanKesusasteraan
texttual criticismkritik tekskritikan tekskritikan teksKesusasteraan
moral criticismkritik moralkritikan moralkritikan moralKesusasteraan
impressionistic criticismkritik impresionistikkritikan impresionistikkritikan impresionistikKesusasteraan
generic criticismkritik generikkritikan generikkritikan generikKesusasteraan
dramatic criticismkritik dramakritikan dramakritikan dramaKesusasteraan
critical temperaturesuhu kritikTiadasuhu kritikalGeografi
12

Kembali ke atas