Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critiquekritikKesusasteraanTiadaEsei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera, bertujuan untuk menentukan sifat-sifat yang dimilikinya dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau digunakan.
critiquekritikKesusasteraanTiadaTiada
critiquekritikKomunikasiTiada1. Tulisan atau perbincangan mengenai hasil penulisan, penerbitan dan sebagainya yang bertujuan untuk meneliti hasil karya tersebut secara lebih mendalam. 2. Kajian berbentuk ilmiah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti penghasilan filem.
lower criticismkritik teks (Injil)SejarahTiadaTiada
critical indexingpengindeksan kritikPerpustakaanTiadaTiada
critical editionedisi kritikPerpustakaanTiadaEdisi teks karya ilmiah yang telah dimantapkan oleh editor dengan memuatkan beberapa maklumat tambahan melalui kajian perbandingan dan kritikan yang dibuat berasaskan karya asal.
critical classificationpengelasan kritikPerpustakaanTiadaTiada
critique of individualismkritik faham perseoranganSejarahTiadaFahaman yang menekankan sifat khusus tiap-tiap orang yang dibentuk oleh keinginannya sendiri yang bebas dan terikat dengan manusia serta masyarakat.
etude critique (Per.)kaji kritikKesusasteraanTiadaKajian secara serius sesebuah teks mengikut metode yang telah ditetapkan. Contoh: Hikayat Muhammad Hanafiyyah yang diselenggarakan oleh Brakel.
signe critique (Per.)tanda kritikKesusasteraanTiadaTanda-tanda atau lambang-lambang yang digunakan dalam kaedah kritikan teks lama.
12

Kembali ke atas