Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.ti.kal] | کريتيکل

Definisi : 1. menunjukkan atau mungkin me­nimbulkan krisis, boleh atau mungkin mener­bitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengan­dungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kritikal (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan suka mengkritik: tajam akal, pintar, suka menegur, suka membidas, suka mencela, suka mengutuk,

2. Bersinonim dengan tegang: runcing, genting, mustahak, penting, serius,
Berantonim dengan tenang.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan dari segi maksud Prasarana Maklumat Kritikal Negara dengan Prasarana Kritikal Maklumat Negara? Jika Critical National Information Infrastructure ingin diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, apakah terjemahan yang betul?

Saudara,

Cadangan padanan bahasa Melayu ialah Prasarana Maklumat Negara yang penting atau Prasarana Maklumat Penting Negara.

Makna06.08.2010
Manakah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat berikut sama ada kritis atau kritikal? Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritis atau kritikal.Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritikal. Wacana bahasa Melayu menggunakan perkataan kritikal yang sama maksudnya dengan kritis dalam bahasa Indonesia.Tatabahasa16.11.2015
Mohon terjemahan sesuai untuk critical discourse analysis. Wacana analisa kritikal?Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah analisis kritikal wacana, jika bersesuaian dengan konteks penggunaanya.Makna29.07.2021
1)Apakah maksud terhenjut-henjut? 2)apakah maksud sektor kritikal ?1. Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Sektor kritikal pula ialah sektor yang penting dan sedang menghadapi kekurangan tenaga pakar yang memerlukan perhatian khusus. Contohnya bidang kedoktoran.Makna11.01.2010
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut?Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu.Tatabahasa05.05.2010
Salam sejahtera, pemikiran kritis atau pemikiran kritikal? Pemilihan perkataan mana yg lebih sesuai?Kedua-dua frasa boleh digunakan. Penggunaan frasa bergantung kepada konteks ayat.Lain-lain14.11.2019
Salam sejahtera, pemikiran kritis atau pemikiran kritikal? Pemilihan perkataan mana yg lebih sesuai?perkataan yang sesuai ialah pemikiran kritisTatabahasa27.11.2019
apa jenis kata digunakan selepas "secara"?kata nama atau kata adjektif. apakah maksud "secara"? saya merasai kegunaan "secara" persis kegunaan adverb yang terdapat dalam bahasa inggeris. mengapakah frasa "secara kritikal" adalah salah, manakala yang betulnya ialah "secara kritis" terima kasih

Perkataan “secara” merupakan kata adverba, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan ini boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa.

Perkataan “kritikal” bermaksud (i) berkenaan kesihatan, situasi dan lain-lain, (ii) sangat penting dalam menentukan hasil yang akan diperoleh, (iii) berkenaan sikap seseorang (tajam dalam memberikan teguran, pandangan dan sebagainya terhadap sesuatu atau seseorang) dan (iv) bersifat mengkritik atau mengandungi kritikan terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala kritis pula bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu dan perlu menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, penggunaan yang betul dalam konteks frasa yang diberikan ialah “secara kritis”.

Tatabahasa09.12.2021
Maaf, saya ingin bertanya. Apakah perkataan "critical thinking" jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Adakah pemikiran kritikal atau pemikiran komputasional? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi "critical thinking" ialah pemikiran kritisMakna15.10.2020
Apakah terjemahan yang betul bagi "juvenile specific critical illness"Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan juvenile specific critical illness ialah penyakit kritikal yang khusus dihadapi oleh juvenil.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2017
12

Kembali ke atas