Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku] | کو

Definisi : singkatan bagi aku: ~baca; ayah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku] | کو

Definisi : singkatan bagi engku atau tengku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku] | کو

Definisi : ; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku] | کو

Definisi : 1 kep aku (digunakan sbg awalan yg terikat dgn kata kerja pasif): ~lihat; ~dengar. 2 kep aku (digunakan sbg akhiran yg terikat dgn kata yg mendahuluinya): rumah~; kpd~; menemani~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ku

Puisi
 

Bungalah tanjung dari utara,
     Memakai ku cincin permaisuri;
Jika ku terkandung dalam perkara,
     Tidak kukunci memangku diri.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih.

Saudara,

Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku

Ejaan08.11.2010
Saya ada 2 pertanyaan: 1. Adakah perkataan ku perlu dirapatkan seperti; bisikku atau bisik ku? ku tanya ? 2. tanda baya dalam dialog adakah perkataan selepas itu huruf besar atau kecil? "Jangan masuk ke dalam kelas." Dia/dia? "Apa nama awak?" Tanya Cikgu Ramlah ATAU tanya1. ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. Penggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima, kuingin, kubaca, rumahku, kekasihku, adikku dan sebagainya.

2. Soalan yang dikemukakan tidak difahami. 

3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tatabahasa bahasa Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa31.07.2021
Saya Zahira, bekerja di Pusat Penyelidikan di Universiti Malaya. Saya ingin memohon pencerahan daripada pihak DBP berkenaan pengunaan perkataan Ku atau ku. Adakah K huruf besar hanya merujuk kepada Allah? Sekiranya kami ingin menggunakan perkataan ku di dalam tajuk penerbitan kami, sebagai contoh: Belanjawanku; Kawanku; Anakku, adakah K di dalam perkataan ku harus digunakan sebagai huruf besar atau huruf kecil? Pencerahan daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Perkataan “Ku” yang merujuk kepada Allah perlu dieja menggunakan huruf besar contohnya “Wahai hamba-hamba-Ku”. Perkataan “ku” yang merujuk kepada manusia perlu dieja dengan huruf kecil dan rapat contohnya “Belanjawanku”, “Anakku”.

Lain-lain08.07.2022
Penggunaan 'ku' yang betul. Adakah ku ingat atau kuingat. Kudengar atau ku dengar? Ada jarakkah di antara ku dengan perkataan seterusnya?Sekian, terima kasihPenggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima dan sebagainya.Tatabahasa06.09.2013
3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawanKata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa08.05.2007
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan penggunaan tanda baca yang sesuai bagi ayat terjemahan al-Quran. Soalan 1 Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku! Atau Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas! Maka, ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku. Soalan 2 Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian? Atau Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian! Soalan 3 Biasanya, ayat terjemahan al-Quran sangat panjang dan isi ayat agak meleret sehingga peletakan tanda baca menjadi sangat mengelirukan. Bolehkan pihak DBP ulaskan perkara ini dan berikan contoh bagaimana kami dapat menyelaraskan penggunaan tanda baca dalam kitab terjemahan al-Quran kami? Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang tepat bagi ayat terjemahan al-Quran tersebut ialah:
1. Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku adalah luas, maka ikhlaskanlah ibadatmu kepada-Ku!
2. Wahai sekalian manusia, tidakkah kalian bersyukur dengan kurniaan daripada Tuhan kalian?

Manakala untuk soalan ketiga, penerbitan bahan yang mengandungi terjemahan ayat al-Quran, pihak kami akan merujuk kepada terjemahan al-Quran Pimpinan al-Rahman. Walau bagaimanapun, pihak puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Yayasan Restu berkaitan hal ini. Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
Salam sejahtera, Dari sudut mentranskripsikan perbualan seharian, ada kalanya terdapat perbualan yang mungkin berbentuk bahasa tidak rasmi/bahasa pasar. Oleh yang demikian, jika dialognya begini "ku sedang makan epal" atau "ku sangat mencitaimu" atau "ku pandai menarik perhatianmu". Sepatutnya, ku digantikan dengan aku. Namun, dari sudut transkripsi, haruskan ku dicantumkan dengan perkataan di sebelahnya? Maaf jika soalan saya ini kurang memuaskan. Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain.

Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan:

1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang.

2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku.

3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.

Manakala, bagi kata ganti nama diri singkat “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Tatabahasa30.11.2020
Ingin tahu ejaan yang betul untuk "Allah Tuhan Ku". Perkataan "Ku" itu perlu didekatkan atau tidak dengan perkataan "Tuhan"? TKasihAllah Tuhanku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk menyemak ejaan.Tatabahasa16.10.2009
Apakah panggilan hormat untuk nama awalan Ku (cth nama Ku Idris). ? Cthnya jika nama Raja akan dipanggil Yg Mulia.Jika Ku (nama) yang dimaksudkan oleh saudara ini asalnya daripada keturunan raja, Yang Mulia (YM) boleh digunakan, namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Pengucapan Awam atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut.Lain-lain06.08.2007
Salam sejahtera, Dalam proses transkripsi dialog, bagi ayat berikut: ku kira masuk, haruskah, ku kira dicantumkan menjadi kukira? Sekian, terima kasih!Cara penulisan yang betul ialah “kukira” kerana perkataan “ku” merupakan singkat bagi perkataan “aku”. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya.Tatabahasa22.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas