Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuadratik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Murid akan dapat: (i) mengenal pasti ungkapan kuadratik. (ii) membentuk ungkapan kuadratik. (iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik. Soalan saya: "Adakah betul saya memulakan setiap pernyataan (i), (ii) dan (iii) dengan huruf kecil dan menamatkan dengan noktah? Bolehkah saya mulakan dengan huruf besar?" Sekian. Terima kasih.

Pengejaan tanda baca yang betul adalah seperti yang berikut:

Murid akan dapat:

(i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik.

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik.

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

- Menggunakan huruf besar pada setiap permulaan ayat dan diakhiri dengan noktah.

Ejaan28.01.2010
Tuan, Terima kasih di atas respon yang diberi terhadap pertanyaan saya sebleum ini. Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran menerangkan kepada ahli mesyuarat saya tentang penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii). Mereka bertanya saya, "Kenapa perlu mulakan dengan huruf besar sedangkan sebenarnya setiap ayat tersebut adalah sambungan atau lanjutan daripada 'Murid akan dapat:'?". Harap tuan dapat membantu saya memberi penjelasan tentang perkara di atas. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang benar, (Susilawati Ehsan) Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat.  

Contoh 1: (Ayat yang menggunakan tanda titik bertindih)

Murid akan mendapat:  

i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik

 

Contoh 2: (Ayat yang menggunakan tanda koma bertitik)

Murid akan mendapat;

  i) mengenal pasti ungkapan kuadratik,

(ii) membentuk ungkapan kuadratik, dan 

(iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

Tatabahasa04.02.2010

Kembali ke atas