Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuah] | کواه

Definisi : air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuah] | کواه

Definisi : cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Caca ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd: ~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuah

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kuah lade[ku.wAh lA.d«] sejenis lauk gulai pedas daging lembu atau ikan yang diperbuat daripada campuran cili kering, sedikit ketumbar biji, jintan manis, lada hitam, kerisik atau kelapa bakar yang kesemuanya dilumatkan dan ditumis.   
kuah asam pedas[ku.wAh A.sAm p«.dAs] sejenis lauk pedas yang mengandungi ikan atau daging dan daun limau purut.   
makan kuah kuneng[mA.kAn ku.wAh ku.neN] pergi ke majlis perkahwinan; pegi panggel.Wah, esok makan kuah kuneng le kite![wAh e.so/ mA.kAn ku.wAh ku.neN l« ki.t«]Wah, esok ke majlis perkahwinanlah kita!
dedat[d«.dAt]kata kerjamengesat atau mengelap.Ambek kaen, dedat kuah tumpah tu.[Am.be/ kAen d«.dAt ku.wAh tum.pAh tu]Ambil kain, kesat kuah yang tumpah itu.
tawau lese[tA.wAw l«.se] sangat tawar, tiada rasa garam atau gula langsung.Tawau lese kuah ni, buboh le garam.[tA.wAw le.se ku.wAh ni bu.boh l« gA.ÄAm]Sangat tawar kuah ini, bubuhlah garam.
gelugo[g«.lu.go]kata adjektifmendidih.Kalau dah gelugo, angkat kuah tu.[kA.lAw dAh g«.lu.go AN.kAt ku.wAh tu]Kalau sudah mendidih, angkat kuah itu.
tebak[t«.bA/]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan sedikit garam dan dikacau seperti dodol, dan dimakan bersama kuah gula.   
jelurai[dZ«.lu.ÄAj]kata namasejenis kuih yang diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar menjadi tepung lalu digoreng dalam minyak yang banyak. Kuih ini dimakan dengan kuah gula.   
pulot tetal[pu.lot t«.tAl] sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit garam dan ditekan dalam loyang hingga mampat sebelum dipotong kecil untuk dimakan begitu sahaja atau bersama kuah gula.   
pegi panggel[p«.gi pAN.gel] pergi ke majlis perkahwinan; makan kuah kunengKau nak ikot mak pegi panggel tak?[kAw nA/ i.kot mA/ p«.gi pAN.gel tA/]Engkau hendak ikut emak pergi ke majlis perkahwinan tak?

Kembali ke atas