Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai bertemu dgn sungai lain atau dgn laut; muara. berkuala ada kualanya; bermuara: Sungai Perak ~ di Selat Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MENAIKTARAFKAN PINGGIRAN KOTA KUALA LUMPUR (GREATER KUALA LUMPUR) KEPADA BANDAR BERTARAF DUNIA.MENAIKTARAFKAN KAWASAN KOTA KUALA LUMPUR (GREATER KUALA LUMPUR) KEPADA BANDAR BERTARAF DUNIA.Tatabahasa10.11.2010
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur (d) Bandar Raya Kuala Lumpur Terima kasih.Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur.Tatabahasa12.07.2012
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur Terima kasih. (d) Bandar Raya Kuala LumpurEjaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur.Tatabahasa12.07.2012
Bandaraya Kuala Lumpur atau Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandaraya Kuala Lumpur atau ?????Ejaan nama khas seperti yang telah didaftarkan ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Ejaan03.03.2014
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan alamat seperti di bawah. Perodua KL Main, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima Kasih
Padanan yang sesuai ialah Perodua Cawangan Utama Kuala Lumpur, Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.  
Lain-lain29.09.2017
Selamat Sejahtera, Memohon jasa baik pihak DBP menyemak penggunaan nama cawangan baru kami, Perodua KL. Cadangan kami: 1. Perodua Cawangan Kuala Lumpur 2. Perodua Kuala Lumpur 3. Perodua - Kuala Lumpur Terima KasihCadangan nama yang sesuai untuk menyatakan maksud  penubuhan bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb) ialah "Perodua Cawangan Kuala Lumpur"Lain-lain09.10.2017
Bandar Diraja Kuala Kangsar atau Kuala Kangsar Bandar Diraja?Menurut hukum D-M, nama yang sepatutnya ialah Kuala Kangsar Bandar Diraja. Contoh lain ialah Melaka Bandaraya Bersejarah.Lain-lain28.12.2006
Cikgu, 1. Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur. 2. Saya tertarik kepada pemandangan malam di Kuala Lumpur. 3. Saya tertarik pemandangan malam di Kuala Lumpur. 4. Saya tertarik oleh pemandangan malam di Kuala Lumpur. Ayat yang manakah barulah betul? Saya fokus akan frasa "tertarik oleh/kepada/akan/tiada kata sendi nama pemandangan malam".Ayat yang betul ialah "Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur."Tatabahasa10.05.2014
Tuan, Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur?Yang betul dari segi penggunaan ialah Syukri tinggal di bandar raya Kuala Lumpur. Tetapi apabila merujuk kepada nama khas, perlu dieja dengan huruf besar. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Tatabahasa23.09.2013
"Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai" atau "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai"?Ejaan yang betul ialah "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai". Ejaan18.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas