Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai bertemu dgn sungai lain atau dgn laut; muara. berkuala ada kualanya; bermuara: Sungai Perak ~ di Selat Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUALA KANGSAR

Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak.

Kuala Kangsar menjadi bandar diraja negeri Perak

semenjak tahun 1742, apabila Kuala Kangsar menjadi

pusat pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III.

UMUM 
KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu (pend. 272 300), ibu negeri

Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu ialah

salah sebuah bandar besar yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat

pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Dari

catatan sejarah, Kuala Terengganu telah wujud sebagai

penempatan sekitar abad ke-14.

UMUM 
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur ialah menara

komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara

setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas,

Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni

bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan

kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan

Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah

dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki

sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian

Berhad (MKLSB), iaitu

sebuah anak syarikat

TELEKOM Malaysia.

UMUM 
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ialah badan berkanun yang bertanggungjawab

menyelenggara dan melaraskan kegiatan

pembangunan di kawasan bandar raya Kuala

Lumpur yang meliputi keluasan 243.62 kilometer

persegi.

UMUM 
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPURLapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) beroperasi secara rasmi pada
bulan Julai 1998. Ia menjadi simbol terbaru
kebanggaan Malaysia menuju ke arah alaf baru.
KLIA terletak berhampiran Sepang, kira-kira 50
kilometer selatan Kuala Lumpur.
UMUMUmum
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penguasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir Kuala Lumpur setelah Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
KOTA KUALA MUDA

KOTA KUALA MUDA, kota yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah. Kota ini terletak di pekan Kuala Muda berhampiran dengan Sungai Mas dan Kuala sungai Muda. Kota ini dikatakan dibina pada abad ke-17. Satu hipotesis dapat diandaikan bahasa Kota Kuala Muda dibina oleh Sultan Mohammad Jiwa (1710-1760). Kota Kuala Muda dibina sebagai pusat perniagaan dan pintu keselamatan di bahagian selatan negeri Kedah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KUALA

KUALA, mulut sungai atau muara. Di Sumatera, kuala disebut muara. Kuala boleh dirujuk kepada dua jenis tempat, iaitu tempat sungai mengalir ke laut, dan tempat sungai bercantum dengan sungai lain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KUALA KURAU

KUALA KURAU, kawasan yang terletak di utara Perak dan namanya mula disebut pada awal abad ke-18. Kuala Kurau terletak di kawasan yang berdekatan dengan daerah Dinding yang sangat kaya dengan bijih timah dan dikatakan Kuala Kurau sebagai tempat untuk menyeludup bijih timah kepada saudagar asing. Oleh itu, Kuala Kurau sentiasa menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan pembesar Perak, tetapi juga di kalangan keluarga diraja Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KUALA SELINSING

KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345678910...

Kembali ke atas