Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai bertemu dgn sungai lain atau dgn laut; muara. berkuala ada kualanya; bermuara: Sungai Perak ~ di Selat Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Pantun

PantunSumberTema
Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuala Jengal pasir melayang, Selat Batu timbul telaga; Sudah banyak berkasih sayang, Tinggal aku tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuala Abang pasirnya putih, Tempat penyu membuat sarang; Apa guna hati merintih, Kekasih sudah dipinang orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang kuala pergi ke Daik, Untuk mencari benang sulam; Abangmu gila menanti adik, Mabuk berahi siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tanjung Kuala tanahnya merah, Kutip ulam pucuk berdaun; Ambo gila orang baju merah, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas