Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.la] | کوالا

Definisi : tempat sungai bertemu dgn sungai lain atau dgn laut; muara. berkuala ada kualanya; bermuara: Sungai Perak ~ di Selat Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuala (kata nama)
Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir, bambangan, pintu masuk;,
Kata Terbitan : berkuala, ke kuala,

Puisi
 

Kuala Johor jangan diduga,
     Kuala Pekan orang berjudi;
Antara tidur dengan jaga,
     Terasa tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(95)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rectangular drainage patternpola saliran segi empat tepat;pola saliran jejalaGeografiTiadamembentuk sebuah pola saliran berbentuk sudut tepat pada kuala-kuala pertemuan.
rectangular drainage patternpola saliran segi empat tepat;pola saliran jejalaGeologiTiadamembentuk sebuah pola saliran berbentuk sudut tepat pada kuala-kuala pertemuan.
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) EmasIndeks Emas Bursa Saham Kuala LumpurPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Kuala Lumpur dengan semua saham yang disenaraikan di papan pertama menjadi komponennya.
rantai bunga cempaka Kuala Kangsarrantai bunga cempaka Kuala KangsarKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka di Kuala Kangsar.
setangkai bunga raya Kuala Kangsarsetangkai bunga raya Kuala KangsarKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga raya berangkai di Kuala Kangsar, Perak.
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) Industrial IndexIndeks Perusahaan Bursa Saham Kuala LumpurPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Kuala Lumpur dengan 30 saham yang disenaraikan menjadi komponennya.
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) Composite IndexIndeks Komposit Bursa Saham kuala LumpurPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran sekuriti di Kuala Lumpur dengan 100 kaunter menjadi komponennya.
self-regulatory organizationorganisasi swaaturPentadbiran PerniagaanTiadaOrganisasi yang membuat dan melaksanakan peraturannya sendiri tanpa campur tangan kerajaan, contohnya Bursa Saham Kuala Lumpur, Bursa Komoditi Kuala Lumpur dan lain-lain.
Kuala Lumpur Shariah Index (KLSI)Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI)EkonomiEkonomi IslamNombor yang dijana daripada harga saham dan nilai modal berbayar syarikat patuh syariah. Indeks ini digunakan sebagai ukur rujuk bagi mengukur prestasi sekuriti patuh syariah. KLSI telah dilancarkan pada tahun 1997 sebagai memenuhi permintaan pelabur tempatan dan asing yang ingin melabur dalam sekuriti patuh syariah. Para pelabur menggunakan indeks ini sebagai panduan untuk membuat keputusan sama ada melabur atau sebaliknya. Contohnya, sekiranya harga saham sebuah syarikat dijangka akan lebih tinggi daripada KLSI, maka pelabur cenderung untuk melabur dalam syarikat tersebut.
Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) EmasIndeks Emas Bursa Saham Kuala LumpurEkonomiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas