Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li] | کوالي

Definisi : sj bekas yg biasanya berbentuk mung­kum, bertelinga, dan diperbuat drpd besi, alu­minium, dll utk menggoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li] | کوالي

Definisi : alat yg rata atau jeluk dasarnya yg biasanya dibuat drpd besi dan digunakan sbg bekas utk menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuali

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Buang kuali ambil belanga.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)ibu menggoreng sayur di kuali 2)ibu mengoreng sayur dalam kuali 3)ibu menggoreng sayur di dalam kuali.mana satu ayat yang betul.Ayat yang betul ialah  'Ibu menggoreng sayur di dalam kuali.'Tatabahasa10.05.2011
Perkataan kuali adakah terdiri drp dua suku kata atau tiga suku kata?Tiga suku kata - ku.a.liTatabahasa22.07.2014
telinga kuali

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.08.2009
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Meletakkan atau diletakkan?Ayat yang betul ialah "Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api."Tatabahasa22.02.2023
Saya memerlukan bata untuk saya letakkan kuali ke atas api. Ayat inin betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya memerlukan batu bata untuk meletakkan kuali di atas api."Lain-lain09.11.2022
Assalamualaikum, Adakah frasa "ada angin, anak bapa, angkat bahu, telinga kuali" merupakan simpulan bahasa? Terima kasihDaripada senarai yang diberikan, hanya telinga kuali merupakan simpulan bahasa.Tatabahasa10.06.2015
Bolehkah perkataan "dalam" digunakan untuk maksud menganggar? Contoh. - Masukkan dalam tiga sudu minyak ke dalam kuali. - Saya rasa dia akan datang dalam jam 10:00 pagi nanti. Terima kasih.Bagi ayat yang pertama, ayat yang tepat ialah Masukkan lebih kurang tiga sudu minyak masak ke dalam kuali. Perkataan dalam dalam ayat ini tidak sesuai.

Bagi ayat yang kedua, ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan dalam membawa maksud pada waktu (tertentu).
Tatabahasa08.08.2021
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
penjodoh bilangan untuk kualiPenjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah.Tatabahasa24.08.2013
Saya memerlukan batu-bata untuk meletakkan kuali di atas api. Saya mahu salinan MC untuk disimpan di dalam fail. Mengapa di dalam ayat pertama imbuhan me (untuk meletakkan) tetapi di dalam ayat kedua imbuhan di (untuk disimpan)? Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan menghasilkan kata kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Manakala perkataan yang menerima imbuhan di- pula ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Kesesuaian penggunaan imbuhan ini bergantung pada bentuk dan konteks ayat sama ada kata kerja aktif transitif atau kata kerja pasif. Soalan Saya mahu salinan MC untuk saya simpan di dalam fail. Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail.

Tatabahasa31.03.2023
123

Kembali ke atas