Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li.ti] | کواليتي

Definisi : darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li.ti] | کواليتي

Definisi : 1 peringkat kebaikan atau nilai sesuatu, biasanya tinggi: tahap kecemerlangan (yg tinggi): Kita mestilah memilih bahan bacaan yg ada ~. Kehidupan yg mementingkan ~. 2 keadaan sesuatu benda; buruk baik sesuatu: Para pelanggan mempersoalkan ~ barangan tsb. berkualiti baik kualitinya; tinggi nilainya: Dia enggan membeli barang-barang yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kualiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan mutu, nilai, taraf, standard;,
Kata Terbitan : berkualiti,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon nasihat pihak DBP berkaitan tajuk "KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PENGANTARA HUBUNGAN KUALITI SISTEM, KUALITI MAKLUMAT, KUALITI PERKHIDMATAN DAN BUDAYA ORGANISASI DENGAN KEPUASAN PENGGUNA SISTEM BERSEPADU KPM".

Cadangan tajuk yang diberikan tiada kesalahan dari segi tatabahasa. Walau bagaimanapun, puan perlu berbincang dan merujuk penyelia atau pensyarah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan yang lebih bersesuaian dengan konsep kajian puan.

Lain-lain13.12.2023
kualiti air tingkatkan kualiti hidupKualiti air meningkatkan kualiti hidup.Tatabahasa07.04.2015
Penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" dalam ayat berikut, yang mana betul: 1. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "ialah" kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. 2. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "adalah' kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran.Ayat yang betul ialah Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang ialah kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Tatabahasa31.05.2012
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
Mana yang lebih tepat moto ini: 1. Menerajui Integriti Memasti Kualiti, atau 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti. Terima Kasih.Moto yang betul ialah 2. Menerajui Integriti Memastikan KualitiTatabahasa31.12.2012
Salam. Mana ayat yang betul? 1. Kesan krisis air ialah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian. 2. Kesan krisis air adalah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian.Jawapan yang betul ialah “Kesan krisis air telah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian” atau “Kesan krisis air telah menjejaskan kualiti tanah dan aktiviti pertanian”.Tatabahasa15.01.2022
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih.Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU  PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME  MELALUI PELAKSANAAN  PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI.Tatabahasa14.11.2013
Adakah kata sendi nama 'daripada' diperlukan dalam ayat di bawah: Akibat daripada tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. Atau ayat di bawah lebih sesuai: Akibat tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Ayat yang betul ialah, Akibat tindakan daripada manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Lain-lain23.05.2020
Saya ingin membuat pengesahan "tagline" untuk kempen yang akan dilancarkan di syarikat kami : KUALITI BERMULA DENGAN SAYA Diharap encik dapat membuat pengesahan mengenai slogan kata kempen kami. Terima KasihFrasa "Kualiti bermula dengan saya", betul dari aspek bahasa. Bgitu juga dengan frasa "Kualiti bermula daripada saya". Pandangan kami, sebagai pihak yang berwenang puan lebih memahami maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa16.03.2015
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ?1. Menghasilkan produk farmaseutikal  secara  konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan.  

2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 
3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 
4. Menggunakan Teknologi Terkini.
5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir.
6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan.
7. Kualiti adalah tangungjawab semua.
8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat.

Tatabahasa05.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas