Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.li.ti] | کواليتي

Definisi : darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.li.ti] | کواليتي

Definisi : 1 peringkat kebaikan atau nilai sesuatu, biasanya tinggi: tahap kecemerlangan (yg tinggi): Kita mestilah memilih bahan bacaan yg ada ~. Kehidupan yg mementingkan ~. 2 keadaan sesuatu benda; buruk baik sesuatu: Para pelanggan mempersoalkan ~ barangan tsb. berkualiti baik kualitinya; tinggi nilainya: Dia enggan membeli barang-barang yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kualiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan mutu, nilai, taraf, standard;,
Kata Terbitan : berkualiti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semen qualitykualiti semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan.
attainment areakawasan capaianKejuruteraanTiadaKawasan yang kualiti udaranya melebihi standard kualiti udara kebangsaan, seperti yang digunakan di Amerika Syarikat.
asset qualitykualiti asetEkonomiEkonomi IslamTahap risiko kredit atau ketidakpastian yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam. Bagi menunjukkan kualiti aset, institusi kewangan Islam menggunakan pemboleh ubah A dalam ujian tekanan CAMEL (modal, aset, pengurusan, perolehan dan mudah tunai). Nisbah pembiayaan hutang tidak berbayar terhadap jumlah pembiayaan hutang akan digunakan sebagai pengukur pemboleh ubah A. Semakin tinggi nisbah ini, semakin rendah kualiti aset tersebut. Kualiti aset ini menjadi salah satu kriteria kekukuhan dan kestabilan institusi kewangan Islam selain kualiti modal, pengurusan, perolehan dan mudah tunai.
in-process quality control (IPQC)kawalan kualiti dalam proses (IPQC)HerbaPeraturan dan PemasaranPemeriksaan kualiti semasa pengeluaran untuk memantau dan menyesuaikan proses (jika perlu) bagi memastikan produk mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan. Tujuan kawalan kualiti dalam proses adalah untuk menghasilkan produk akhir yang sempurna dengan mengelakkan atau menghindarkan kesilapan pada setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Kawalan persekitaran atau peralatan juga boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kawalan kualiti dalam proses.
quality controlkawalan kualitiKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah analisis statistik yang digunakan dalam pengeluaran hasil supaya kualiti keadaan hasil sentiasa sama dengan kualiti yang telah ditetapkan.
quality assurancejaminan kualitiHerbaPeraturan dan PemasaranSistem kualiti yang melibatkan semua aktiviti dalam suatu organisasi yang dirangka secara terancang dan sistematik untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Jaminan kualiti produk herba merangkumi individu yang kompeten serta premis, peralatan dan kemudahan yang bersesuaian dan mencukupi.
seed qualitymutu biji benihPertanianAgronomi

 Ciri biji benih dari segi genetik dan fisiologi. Kualiti genetik menentukan kualiti biji benih terpelihara dari segi ketulenan baka. Dari segi fisiologi, mutu biji benih menentukan daya percambahan dan tumbesaran yang sempurna. Mutu biji benih ditentukan dengan ujian ketulenan dan ujian percambahan.

semen examinationpemeriksaan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses penilaian semen selepas dikumpulkan. Pemeriksaan semen dapat menentukan kualiti semen. Contoh kualiti semen yang diperiksa adalah seperti isi padu, warna, kemotilan, keabnormalan, nisbah hidup kepada mati dan kepekatan.
herbal quality controlkawalan kualiti herbaHerbaTiadaProses penentuan bahan mentah dan sediaan herba mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan bagi menjamin kesesuaian penggunaannya. Kawalan kualiti herba merupakan sebahagian daripada jaminan kualiti herba yang melibatkan pelbagai jenis analisis fizikal, kimia dan biologi. Contohnya, analisis makroskopi, mikroskopi, ciri deria, warna, spektroskopi, kromatografi, logam berat, mikrob, pestisid, gravimetri, assai dan sebagainya.
undergraded feedmakanan kualiti rendahVeterinarTiadaMakanan yang biasanya mempunyai kualiti yang tinggi tetapi telah mengalami penurunan disebabkan oleh sama ada disimpan terlalu lama atau ditambah dengan bahan lain yang berkualiti rendah. Contohnya, dedak padi yang disimpan lama atau yang ditambah dengan sekam akan mengalami penurunan kualitinya. Makanan jenis ini juga boleh mengalami penurunan kualiti disebabkan oleh perubahan musim atau keadaan tertentu seperti makanan yang terdedah dalam keadaan lembab. Contohnya, rumput yang dituai untuk dijadikan rumput kering, apabila terkena hujan akan mudah dicemari oleh kulat. Keadaan ini akan menyebabkan bahan makanan ini menjadi rendah kualitinya akibat pencemaran tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas