Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kualiti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan mutu, nilai, taraf, standard;,
Kata Terbitan : berkualiti,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clothing valuenilai pakaianSosiologiTiadaKualiti, mutu, taraf yang terdapat pada sesuatu pakaian.
service qualitykualiti/mutu perkhidmatanPentadbiranPentadbiran Awam

Standard atau piawaian perkhidmatan yang perlu dicapai pada kadar yang telah ditetapkan. Kualiti atau mutu perkhidmatan ini perlu berdasarkan kepada prosedur dan garis panduan yang lengkap dan jelas. Piawaian ini bukan sahaja untuk kepuasan pelanggan tetapi juga bertujuan untuk mencapai matlamat dan wawasan seseorang individu atau sesebuah organisasi. Kualiti perkhidmatan yang berkesan boleh dilihat dari aspek sambutan masyarakat umum ataupun pelanggan terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, ia juga boleh diukur melalui jangka hayat sesebuah organisasi dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.

seed qualitymutu biji benihPertanianAgronomi

 Ciri biji benih dari segi genetik dan fisiologi. Kualiti genetik menentukan kualiti biji benih terpelihara dari segi ketulenan baka. Dari segi fisiologi, mutu biji benih menentukan daya percambahan dan tumbesaran yang sempurna. Mutu biji benih ditentukan dengan ujian ketulenan dan ujian percambahan.

water qualitykualiti air/mutu airGeografiTiadaTiada
water qualitykualiti air/mutu airGeografiTiadaTiada
water qualitykualiti air/mutu airPerhutananTiadaTiada
quality factorfaktor kualiti/faktor mutuKejuruteraanTiadaFaktor yang bergantung kepada pemindahan linear, yang digunakan sebagai pekali bagi dos terserap untuk mendapatkan dos setara.
quality factorfaktor kualiti/faktor mutuFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanLih. faktor –Q
quality control circle (QCC)kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK)PentadbiranPentadbiran Awam

 Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM.

appraisal standardpiawaian penilaianSejarahTiadaPiawai yang menentukan nilai sesuatu atau seseorang berdasarkan kualiti atau mutu, status, perwatakan dan sebagainya.
1234

Kembali ke atas