Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuang] | کواڠ

Definisi : sj burung, kuau; ~ cermin, Polyplectron inopinatum; ~ mas, Chrysolophus pictus; ~ perak, Lophura nycthemera; ~ pongsu, Polyplectron malacense; ~ ranting, Lophura edwardsi; ~ raya, Argusianus argus; ~ raya gunung, Rheinardia ocellata; mati ~ (kuau) kerana bunyi prb mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri; spt ~ memekik di puncak gunung prb a) perihal orang yg sedang mencintai kekasihnya; b) dikatakan tentang perempuan yg bercakap dgn suara yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : ; balik ~ a) tertunggang, terjungkir; b) tidak spt yg sewajarnya (sepatutnya, se­harusnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : ; ulat ~ sj ulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuang] | کواڠ

Definisi : nama sj burung, Argusianus argus argus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuang

Puisi
 

Tidak jadi padi Terengganu,
     Burung kuang berintik-rintik;
Tidak jadi dengan si anu,
     Air Pahang balik mudik.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mati kuang kerana bunyi.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kuang-kuit[ku.wAN.ku.wit]kata kerjabergerak-gerak (anak kecil, bayi).Anak Maznah tengah dok kuang-kuit-kuang-kuit dalam ndoi.[A.nA/ mAz.nAh t«.NAh do/ ku.wAN.ku.wit.ku.wAN.ku.wit dA.lAm ndoj]Anak Maznah kelihatan sedang bergerak-gerak di dalam huaian.
tebalek kuang[t«.bA.le/ ku.wAN] berlaku sebaliknya.Dah tebalek kuang pulak, mula dia buat kreja tu, aleh-aleh aku pulak yang kena buat.[dAh t«.bA.le/ ku.wAN pu.lA/ mu.lA di.jA bu.wAt kÒ«.dZA tu A.leh.A.leh A.ku pu.lA/ jAN k«.nA bu.wAt]Sudah lain pula jadinya, asalnya dia yang hendak mengerjakannya, tiba-tiba aku pula yang terpaksa membuatnya.

Kembali ke atas